Posts tagged wedding photographer
Shoot Pre-Wedding For Free
1Untuk memberikan sesuatu perkhidmatan yang terbaik untuk semua. kali ini saya membukakan satu tawaran kepada anda semua untuk mendapatkan sesi bergambar dengan konsep Pre-Wedding. Terbuka kepada semua pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan, mungkin ini anda boleh menilai setiap hasil kami sebelum kami memberikan khidmat sebagai “official photographer” bagi majlis terindah anda
Untuk pengetahuan umum juga. Shoot Pre-Wedding for FREE ini hanyalah dibuka untuk pakej Shoot n’ Burn sahaja. Untuk membuat album, bayaran akan dikenakan. Tawaran ini juga hanya untuk lokasi di sekitar Kuala Lumpur sehingga Ipoh. Jika di luar daripada kawasan tersebut kami akan membuat pertimbangan dahulu.
Jika anda berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut
Terima Kasih Semua
0Assalamualaikum.. rindu rasanya pada blog A.K.U PHOTOGRAPHER ini… akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak menutup blog ini.. walaupun kini saya telah berpindah ke Captivated Crew Photography, tetapi dalam A.K.U PHOTOGRAPHER banyak kenangan pahit dan manis di dalamnya, sukar untuk membuang dari dalam hati
Jadi bila dok fikir punyer fikir, saya bercadang untuk tidak menutup blog ini dan akan terus berkarya dengan hasil seni cahaya berserta tutorial photoshop yang dah lama saya tak update untuk semua follower, insyaallah jika ada kesempatan saya akan memberikan yang terbaik untuk semua rakan-rakan follower disamping berkerja bersama Captivated Crew Photography.
Terima Kasih Semua kerana masih menyokong Aduka Kias Utama.
Untuk semua pelanggan A.K.U PHOTOGRAPHER, walaupun kini saya dibawah Captivated Crew Photography, anda masih lagi boleh mendapatkan khidmat jurugambar untuk majlis perkahwinan anda direct melalui saya, hanya request sahaja quotation anda di laman Captivated Crew Photography dengan klik DISINI.
Ini sebabnya, diantara A.K.U PHOTOGRAPHER dengan Captivated Crew Photography, tidak ada apa beza antara kedua duanya. yang membezakan adalah kaedah kerja, sebelum ini saya hanya bergerak secara berseorangan, tetapi dalam Captivated Crew Photography, kami bergerak secara berkumpulan. Dan dengan ini kami akan lebih memberikan hasil yang terbaik buat semua. Insyaallah.
ok lah cukup kot setakat nih celoteh buat kali ini. Semoga semua masih sentiasa setia bersama saya dan menyokong saya dari belakang. Pandangan dan komen dari anda semua amatlah diperlukan.
Sekian
Tips Mendapatkan Jurugambar Perkahwinan
0Pada masa kini, sesuatu majlis perkahwinan bagaikan tidak sah tanpa mendapatkan khidmat jurugambar untuk pasangan pengantin mengabadikan memori terindah sepanjang hayat mereka.
Tetapi bagaimana mendapatkan khidmat jurugambar yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa pengantin?
Mari kita lihat apa yang perlu pengantin lakukan untuk mendapatkan jurugambar dan hasil yang baik.
- Buat rujukan yang secukupnya tentang gambar-gambar perkahwinan di internet dan majalah-majalah, dan dapatkan contoh-contoh gambar yang anda idamkan. Ini akan membantu anda dan jurugambar untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.
- Lihat contoh-contoh pakej yang disediakan oleh jurugambar-jurugambar dan buat perbandingan mengenai pakej yang ditawarkan. Pada masa kini, kebanyakan jurugambar telah mempunyai web atau blog sendiri. Jadi selalunya jurugambar akan meletakkan pakej-pakej yang mereka tawarkan.
- Lihat juga portfolio yang jurugambar paparkan di laman web mereka untuk memudahkan anda memilih. dan kemudia buatlah short list jurugambar yang anda inginkan.
- Hubungi jurugambar yang telah anda shortlist melalui telefon. Telefon adalah lebih baik dari email kerana kadang kala jurugambar ini 3 hari sekali baru check email.
- Tanya kepada jurugambar mengenai pakej dan buat janji temu untuk melihat album-album contoh yang jurugambar ada.
- Pastikan pakej yang disediakan mengikut budget anda. Tidak semestinya pakej yang murah kualitinya rendah dan begitu juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana pengantin menilai hasil kerja seseorang jurugambar.
- Jangan lupa untuk bertanya mengenai availability pada tarikh majlis anda. Pastikan pada tarikh itu jurugambar benar-benar free dan tidak ada tugasan lain. Jika tidak mereka akan terkejar-kejar dan kemungkinan kepenatan menganggu prestasi kerja mereka.
- Selepas anda yakin dan berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan serta harga. Jangan lupa bertanya tatacara pembayaran. Walaupun harga yang ditawarkan kadang-kala agak mahal, tetapi sebenarnya ada jurugambar yang memberikan kemudahan membayar secara ansuran untuk memudahkan pengantin.
- Pastikan anda memberi penerangan secara terperinci tentang majlis anda nanti supaya jurugambar dapat membuat persediaan yang terbaik. Contohnya penerangan mengenai lokasi, masa, tarikh, dan aturcara majlis.
- Hubungi jurugambar seminggu sebelum majlis anda untuk mengingati jurugambar walaupun jurugambar mempunyai jadual kerja mereka. Ini adalah untuk memudahkan anda dan jurugambar anda membuat persediaan yang sepatutnya untuk majlis anda nanti.
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
0Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?
Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi.Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.
Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.
Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penting yang lain.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?
Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan dapat dirakam dengan sempurna.
Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis perkahwinan anda, iaitu – bergembira!
Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.
Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, “tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita bergambar”.
Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan menjelaskan, “harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang seri.” Sayang sekali jika saat penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.
Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum.
Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk ‘posing’. Rujuk majalah untuk mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.
Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikankerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda.
Sumber: www.adan.biz






