Posts tagged simple tutorial

PHOTOSHOP : STOP!!!.. Jangan buang dulu gambar anda yang salah capture

5

Dalam teknologi digital sekarang ini, mudah untuk kita mengambil gambar-gambar yang cantik. tetapi kadang-kala kita mengambil gambar yang mempunyai hasil lari daripada ketepatan asas fotografi. contohnya gambar yang under expose, over expose, unsharp, motion blur, out of focus, over noise dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kita sekarang menggunakan tekmologi digital, selalunyalah kita akan padam terus gambar tersebut melalui kamera tidak kiralah menggunakan kamera kompak atau pun DSLR. Tapi kali selepas ini apa kata korang tak payah padam di dalam kamera kerana tanpa kita ketahui kadang-kala gambar-gambar yang sebeginilah yang lebih berkualiti. Jadi biarkanlah dulu gambar tersebut di dalam kamera dan setelah dipindahkan ke komputer barulah pilih gambar-gambar yang boleh digunakan untuk proses editing supaya gambar yang dianggap rosak tadi boleh digunakan semula.

Semestinya semua tahu kamera lomo bukan.. apa itu kamera lomo??? tak perlulah saya terangkan kerana korang cuma perlu baca sahaja diruangan wikipedia. Klik sini

Tapi adakah kita perlukan kamera lomo untuk menghasilkan gambar berbentuk lomo. Eeemmmm teknologi semakin berkembang. Kita tiada kamera lomo untuk menjadi lomografi, tetapi kita ada photoshop bukan untuk menjadi lomografik.

Mari kita lihat macam mana daripada gambar yang dianggap rosak tadi bertukar menjadi gambar bernilai

dibawah ni contoh gambar yang dianggap dah rosak dan tersimpang dari ciri-ciri fotografi
Lomo Effect Tutorial

Jadi bagaimana nak jadikan gambar seperti ini bernilai kembali???

(more…)

Photoshop : Tutorial mudah menghasilkan gambar yang kontras dan lembut

1

Dah lama tak buat tutorial PS. Kali ini AKU nak sharing sesuatu yang cukup mudah tetapi hasil yang cukup berkualiti. Semua dah kenalkan dengan perisian KedaiGambar(PhotoShop) kan. Walaupun sudah ada bermacam-macam perisian yang ada sekarang. Termasuklah yang mudah dengan hanya klik klik dan klik sahaja, tetapi bagi AKU ianya masih lagi tidak dapat menandingi perisian photoshop ini. Dah tak nak banyak celoteh.

Tutorial ini akan mengajar macam mana nak menghasilkan gambar yang cantik. Dengan sedikit sentuhan sahaja, warna gambar, ketajaman gambar serta kelembutan terserlah. Cukup mudah untuk diaplikasikan oleh sesiapa sahaja.

Ini adalah hasil yang akan kita perolehi nanti

1. Sebelum dan Selepas

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats