Posts tagged sembah silat
Sembah Silat @ Kenduri Kawen
0Kita cukup senonim bila adat masyarakat melayu. Majlis kenduri kahwin kadang-kala dibawakan sekali dengan persembahan Silat untuk menyerikan lagi majlis untuk tatapan Raja Sehari serta tetamu yang hadir.
Seperti kebiasaan bila persembahan silat, kita akan disajikan dengan persembahan tarian bunga silat yang lembut dan penuh makna-makna tersirat. bergerak lenggang lenggok ikut irama. Dan penuh tertib serta menonjolkan kesopanan Melayu.. Tak juga ketinggalan kita akan dipersembahkan juga dengan silat pulut, dimana memaparkan persembahan dua orang pesilat yang akan bertari, bermain bunga dan juga menampilkan beberapa buah kunci dah buka kunci yang ringkas dan cantik.
Kadang-kadang juga pesilat di minta untuk menjadi pengiring kedua mempelai.. waaahhh ber-body guard ye pengantin. dah macam masuk ke perkarangan istana. Biasalah Raja Sehari katakan.
Selalunya pesilat-pesilat yang membuat persembahan akan merancang terlebih dahulu apa yang patut dilakukan ketika majlis tersebut. Persembahan-persembahan yang akan ditunjukkan juga perlu dibincangkan dengan tuan rumah supaya persembahan menjadi lebih menarik. Ini sebabnya ada terdapat persembahan silat yang menampilkan permainan yang agak laju dan ganaz, ada yang bermain bunga sahaja, ada persembahan silat pulut, ada persembahan berbentuk jenaka dan bermacam-macam lagi mengikut kreativiti pesilat tersebut.
Memang cantik persembahan yang ditonjolkan tambahan pula jika yang mempersembahkan datangnya daripada orang pandai silat, yang berpengalaman jauh dalam persilatan. Ini kerana setiap langkah dan gerak menampilkan maksud-maksud yang unik dan jika diteliti, indah perkhabaran yang dibawa kan pesilat. Dan selalunya bertujuan meraikan pengantin.
Dengan adanya silat-silat di kenduri perkahwinan sebegini, ia juga menunjukkan masih lagi ramai yang meminati persilatan dan masih lagi mengagung agungkan silat sebagai satu budaya yang cukup unik.








