Posts tagged photographer

Outing Portraiture

0


Pada ahad yang lepas, 3hb oktober. AKU PHOTOGRAPHER telah anjurkan satu outing berkonsepkan portrait bertempat di Gua Tempurung, Perak. Outing ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan daripada beberapa rakan photographer dan juga kerjasama yang baik daripada model.

Outing bermula dengan berkumpul di gerai makan di Gua Tempurung sambil bersama-sama sarapan pagi. Dan seterusnya hampir jam 10 pagi, breaffing diadakan dengan pengenalan outing serta sesi pengenalan diantara peserta.

Tepat jam 10.15 pagi, sesi photoshot dimulakan dengan perkongsian idea dan kaedah diantara peserta. Sesi photoshot tamat agak lewat daripada cadangan asal kerana masing-masing seronok menjalankan proses mengambil gambar.

Selepas sesi mengambil gambar, pada jam 1.30 petang kami semua telah bergerak ke Restoran Nasi Ayam Hainan untuk makan tengah hari serta menjalankan sesi koyak gambar dan outing pada kali ini telah tamat pada jam 4.00 petang.

Hire Iklan Di Kahwin Mall

2

Telah lama merancang nak buat iklan pada web-web lain. Baru-baru ini telah hire KahwinMall.com sebagai salah satu lokasi pengiklanan digital bagi produk perkhidmatan A.K.U PHOTOGRAPHER. Insyaallah pada masa akan datang, akan lebih banyak iklan-iklan perkhidmatan yang ditawarkan oleh A.K.U PHOTOGRAPHER di web-web lain.

Rancangan pada masa depan?

Pada masa sekarang, A.K.U PHOTOGRAPHER dijalankan secara separuh masa dimana berkerja secara freelancer. InsyaAllah pada masa hadapan A.K.U PHOTOGRAPHER akan dijalankan secara sepenuh masa untuk lebih memberi tumpuan kepada pelanggan-pelanggan.

Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan, rakan-rakan dan keluarga yang memberi galakan serta sokongan kepada A.K.U PHOTOGRAPHER
(more…)

Promosi Istimewa Hujung dan Awal Tahun

0

Untuk meraikan tahun bertuah bagi A.K.U PHOTOGRAPHER, saya menawarkan sesuatu yang menarik kepada bakal-bakal RAJA sehari yang inginkan kenangan mereka diabadikan bersama hasil sentuhan A.K.U PHOTOGRAPHER. Khas kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan diantara bulan Oktober 2010 sehingga Februari 2011, 5 bulan khas untuk semua.

Dibawakan untuk anda oleh

A.K.U PHOTOGRAPHER

[The best Moments Through My Lens]

PROMOSI ISTIMEWA (KLIK DISINI)

Pakej yang ditawarkan adalah promosi hanya untuk 5 bulan bermula dari bulan Oktober 2010 sehingga Februari 2011. Pakej promosi ini ditawarkan kepada semua bakal RAJA sehari tidak kira dimana sahaja di seluruh Semenanjung Malaysia. Apa yang istimewanya promosi ini adalah, bakal pengantin boleh memilih mana-mana pakej yang ditawarkan mengikut citarasa sendiri dimana diberikan Custom Album pelbagai saiz mengikut pakej, Sticky Album dengan 100 keping gambar 4R serta Gambar pelbagai saiz. diberikan juga bingkai gambar mengikut jenis saiz gambar.

Setiap bakal RAJA sehari yang telah menempah mana-mana pakej yang ditawarkan adalah terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di

HP : 012-3404661 / 013-3053598

Email : aduka_kias_utama@yahoo.com.my

(more…)

Perkahwinan : Fudin & Eila

1

Pasangan : Fudin & Eila
Tarikh : 29 Mei 2010 [15 Jamadilakhir 1431]
Lokasi : Felda Gunung Besout 02, Sungkai

Eila nih merupakan rakan lama masa kat bangku sekolah dulu… Dah kawen dah kawan aku sorang lagi. Thanks a lot to Eila dan Husband sebab memberi kepercayaan kepada A.K.U PHOTOGRAPHER untuk merakamkan setiap detik manis hari bahagia mereka.

Outdoor dibuat di Tasik Proton City, Tanjung Malim pagi esoknya. pada mulanya macam mendung nak hujan pagi tu. Tapi alhamdulillah cuaca baik sehinggalah tamat sesi outdoor…

Selamat Pengantin Baru, Semoga keduanya bahagia, aman harmoni dan diberkati Allah S.W.T hingga ke Syurga..
TAHNIAH

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open this post in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

(more…)

Contoh Album – Canvas

0

Sebelum ini ramai yang bertanya bagaimana album yang saya sediakan untuk mencoretkan memory hari terindah pengantin. Dan selalulah saya akan beritahu untuk nak tengok album lebih baik kita set appointment. bukan apa mudah untuk saya dan juga anda sebagai bakal pengantin meneliti hasil yang akan anda dapat dengan lebih dekat.

Tetapi oleh kerana ramai yang bertanya “tak publish ke album kat blog??” maka saya pun meletakkan contoh album yang akan anda dapat sebagai tatapan anda. Walaupun begitu, saya masih lagi preffer kepada bakal-bakal pengantin yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah set oppointment untuk mendapatkan lebih maklumat dari segi harga, jenis album dan perubahan yang diiginkan oleh pengantin itu sendiri terhadap pakej yang telah saya sediakan.

Contoh album yang ditunjukkan ini adalah:
Jenis : canvas
Saiz : 8″x24″
Majlis : pertunangan

Beginilah contoh rupa bentuk album
Album Canvas, 8

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats