The Best Moment's Through My Lens!!
Posts tagged pakej jurugambar
Promosi Istimewa Hujung dan Awal Tahun
Jul 28th
Posted by aduka kias utama in Artikel
Untuk meraikan tahun bertuah bagi A.K.U PHOTOGRAPHER, saya menawarkan sesuatu yang menarik kepada bakal-bakal RAJA sehari yang inginkan kenangan mereka diabadikan bersama hasil sentuhan A.K.U PHOTOGRAPHER. Khas kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan diantara bulan Oktober 2010 sehingga Februari 2011, 5 bulan khas untuk semua.
Dibawakan untuk anda oleh
A.K.U PHOTOGRAPHER
[The best Moments Through My Lens]
PROMOSI ISTIMEWA (KLIK DISINI)
Pakej yang ditawarkan adalah promosi hanya untuk 5 bulan bermula dari bulan Oktober 2010 sehingga Februari 2011. Pakej promosi ini ditawarkan kepada semua bakal RAJA sehari tidak kira dimana sahaja di seluruh Semenanjung Malaysia. Apa yang istimewanya promosi ini adalah, bakal pengantin boleh memilih mana-mana pakej yang ditawarkan mengikut citarasa sendiri dimana diberikan Custom Album pelbagai saiz mengikut pakej, Sticky Album dengan 100 keping gambar 4R serta Gambar pelbagai saiz. diberikan juga bingkai gambar mengikut jenis saiz gambar.
Setiap bakal RAJA sehari yang telah menempah mana-mana pakej yang ditawarkan adalah terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di
HP : 012-3404661 / 013-3053598
Email : aduka_kias_utama@yahoo.com.my
Mahalnyer Pakej Jurugambar Kawen!!!
Apr 1st
Posted by aduka kias utama in Artikel
Mungkin ramai bakal-bakal pengantin yang mahukan kenangan terindah mereka diabadikan akan berkata seperti tajuk tu… betul tak???
Mahal ke upah jurugambar perkahwinan???
Semua bakal-bakal pengantin mahukan hari terindah mereka berseri-seri dan meriah. Diraikan oleh semua sanak saudara dan rakan-rakan. dan pengantin akan merangka perbelanjaan mereka untuk menjadikan majlis mereka meriah tak terkata. Bakal pengantin akan memilih butik-butik yang memenuhi citarasa mereka dari pelamin, baju, solekan, hiasan bilik sehinggalah hiasan meja makan pengantin. Begitu juga dengan katering dari khemahnya, hiasan khemah, masakannya hinggalah ke lauk-lauk yang bakal pengantin jamah.. waa meriah sungguh meraikan Raja Sehari.
Bakal-bakal pengantin akan mengeluarkan belanja mereka untuk semua itu yang mana semua perbelanjaan tersebut hanya diguna pakai dalan sehari sahaja.. Berapa habis?? hmm betul atau tidak dah habis sehingga RM5000++ malah lebih lagi
Tapi alangkah sedihnya jika tidak diabadikan semua kenangan indah tersebut untuk menjadi tatapan dimasa hadapan. melihat album-album memori indah yang cukup berseri-seri memang mengundangkan senyuman. Tambahan pula bila sanak saudara melihat album-album perkahwinan yang cukup-cukup menarik.
Maka untuk mendapatkan album yang indah-indah tersebut bakal pengantin mula mencari jurugambar yang akan mengabadikan kenangan mereka. Mulalah mencari-cari jurugambar yang memenuhi citarasa mereka. Alhamdulillah jumpa, dan bertanyalah akan harga upah jurugambar.. “Mak aih, mahalnyer jurugambar ni, cuma gambar je dah mahal macam ni”
Ahhha itulah yang kadang-kadang ramai pengantin yang tidak tahu, kami sebagai jurugambar bukan sahaja mengambil gambar, kami bermain dengan seni cahaya. bermain dengan skill dan teknik juga dengan kreativiti yang selalunya kena perah dan sentiasa perlukan penambahbaikkan setiap masa. Bakal pengantin cuma perlu mengupah pada kadar yang berpatutan. Mahalkah hanya bermula dari pakej RM1200 sehinggakan ada yang mencecah RM3000 atau lebih. Ini juga bergantung kepada jurugambar tersebut.
Selepas habis ambil gambar ketika majlis, jurugambar akan menyambung pula kerja di rumah atau pejabat. Memilih gambar-gambar yang terbaik dan cantik yang kadang kala mengambil masa 2 hingga 3 hari. Disusuli pula dengan proses editing, mereka bentuk Album sehingga menjadi cantik mengambil pula masa ke beberapa hari hanya untuk proses editing dan design. kemudian proses printing, terpaksalah jurugambar pergi kedai printing album dan akhirnya terjadilah album yang indah.
Dan seterusnya menghantar album kepada pengantin maka terloponglah pengantin.. “Wow,, cantiknya hasil sentuhan awak”. Dan album tersebut menjadi kenangan abadi mereka seumur hidup..
Ya.. Seumur hidup mereka akan menggunakan memori indah mereka untuk ditatap dan dikenang. Berbaloi atau tidak jika hendak dibandingkan dengan upah pelamin, make-up dan lain-lain yang hanya untuk sehari??? Sedangkan kami sebagai jurugambar mengabadikan segala yang indah sebagai memori anda seumur hidup…






