Posts tagged kemerdekaan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
0Alhamdulillah setelah sekian lama kita dijajah, bermulanya dari Portugis, Belanda, British, Jepun, Kominis, akhirnya atas semangat juang dan perpaduan yang ditonjolkan akhirnya Tanah Melayu telah menyingkap sejarah dunia dengan kemerdekaan paling aman di dunia tanpa sebarang pertumpahan darah.
Kemerdekaan yang diberikan oleh pihak British terhadap Tanah Melayu telah memberikan cita-cita seluruh rakyat Tanah Melayu menjadi kenyataan.
Dan selepas beberapa hari selepas diumumkan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan dimana laungan “MERDEKA” telah bergema dihadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain
Tetapi kini, berapa ramaikan anak-anak muda yang mendalami dan menghayati Kemerdekaan yang telah kita kecapi sekarang. Bagaimana kita perlu berada pada merdeka yang sepatutnya dan bagaimana pula kemerdekaan itu perlu dikekalkan dan sehingga mana pula kita akan merdeka?
Merdeka bukanlah sahaja terletak pada laungan tanggal 12 malam 31 ogos. Lihat sahaja pada malam merdeka, berapa ramai anak-anak muda yang melaungkan kata “MERDEKA” tetapi secara tersiratnya mereka sebenarnya belum merdeka.
Kemerdekaan juga bukanlah hanya kerana kita dapat memerintah semula negara yang kita cintai. Ini adalah secara umumnya. Bagaimana pula secara khususnya?
Kemerdekaan perlulah terlibat secara material dan spiritual seperti mana yang telah dibawakan dan di beri contoh oleh Penghulu segala Manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Hilang salah satu daripadanya maka cacatlah apa itu merdeka. Merdeka juga perlu ada dalam diri sendiri yang mana setiap insan itu perlu tahu erti sebuah kemerdekaan.
NEGARAKU TELAH MERDEKA, MERDEKAKAH DIRI KITA???
Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .
Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.
Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.
Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :
Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci ( Surah Al-Saff ayat : 9 )
Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. ( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .
dipetik dari
http://bdmkist.blogspot.com/2009/08/rejuvenasi-perjuangan-mahasiswa-di-hari.html





