Posts tagged jurugambar

Outing – Street Portrait

2

Outing kali ini berkonsepkan street portrait, bertarikh 23 januari, aktiviti outing ini dijalankan dibawah Geng Fotografi Batang Padang (GFBP), dimana kami semua telah sepakat untuk membuat sesi fotoshoot di pekan Tanjong Malim.. Hahaha sesuatu yang mencabar bagi yang terlibat kerana perlu mengasah mata memandang sekeliling untuk mecari sesuatu yang menarik untuk dimuatkan didalam hasil gambar.

Outing kali ini telah melibatkan seramai 18 orang peserta dan 2 model. Bermula dari pagi sehingga tengah hari sesi menangkap gambar dijalankan didalam dua kumpulan dimana kumpulan 1 diketuai oleh Cikgu Zul daripada KKB dan kumpulan 2 diketuai oleh saya sendiri. Tapi sayangnya outing kali ini kami semua tidak sempat untuk mengambil gambar berkumpulan huhuhuhu..

Apa-apa pun outing kali ini menarik dan secara jujurnya ia membuka mata jurugambar-jurugambar yang datang pada hari tersebut untuk lebih membuka mata dan sentiasa berfikiran lebih kreatif untuk mendapatkan hasil yang BOOM

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Hana Rozana

0

Personal Portrait
Nama : Hana Rozana
Lokasi : Gua Tempurung, Perak
Tarikh : 03 Oktober

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open this post in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

Fudin & Ila

0

Comming Soon..

Majlis perkahwinan Fudin & Ila dan outdoor di tasek Proton City, Tanjung Malim

Pasangan yang sporting habis and tak lekang dari senyuman manis…
(more…)

Tips Mendapatkan Jurugambar Perkahwinan

0

Pada masa kini, sesuatu majlis perkahwinan bagaikan tidak sah tanpa mendapatkan khidmat jurugambar untuk pasangan pengantin mengabadikan memori terindah sepanjang hayat mereka.

Tetapi bagaimana mendapatkan khidmat jurugambar yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa pengantin?

Mari kita lihat apa yang perlu pengantin lakukan untuk mendapatkan jurugambar dan hasil yang baik.

  1. Buat rujukan yang secukupnya tentang gambar-gambar perkahwinan di internet dan majalah-majalah, dan dapatkan contoh-contoh gambar yang anda idamkan. Ini akan membantu anda dan jurugambar untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.
  2. Lihat contoh-contoh pakej yang disediakan oleh jurugambar-jurugambar dan buat perbandingan mengenai pakej yang ditawarkan. Pada masa kini, kebanyakan jurugambar telah mempunyai web atau blog sendiri. Jadi selalunya jurugambar akan meletakkan pakej-pakej yang mereka tawarkan.
  3. Lihat juga portfolio yang jurugambar paparkan di laman web mereka untuk memudahkan anda memilih. dan kemudia buatlah short list jurugambar yang anda inginkan.
  4. Hubungi jurugambar yang telah anda shortlist melalui telefon. Telefon adalah lebih baik dari email kerana kadang kala jurugambar ini 3 hari sekali baru check email.
  5. Tanya kepada jurugambar mengenai pakej dan buat janji temu untuk melihat album-album contoh yang jurugambar ada.
  6. Pastikan pakej yang disediakan mengikut budget anda. Tidak semestinya pakej yang murah kualitinya rendah dan begitu juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana pengantin menilai hasil kerja seseorang jurugambar.
  7. Jangan lupa untuk bertanya mengenai availability pada tarikh majlis anda. Pastikan pada tarikh itu jurugambar benar-benar free dan tidak ada tugasan lain. Jika tidak mereka akan terkejar-kejar dan kemungkinan kepenatan menganggu prestasi kerja mereka.
  8. Selepas anda yakin dan berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan serta harga. Jangan lupa bertanya tatacara pembayaran. Walaupun harga yang ditawarkan kadang-kala agak mahal, tetapi sebenarnya ada jurugambar yang memberikan kemudahan membayar secara ansuran untuk memudahkan pengantin.
  9. Pastikan anda memberi penerangan secara terperinci tentang majlis anda nanti supaya jurugambar dapat membuat persediaan yang terbaik. Contohnya penerangan mengenai lokasi, masa, tarikh, dan aturcara majlis.
  10. Hubungi jurugambar seminggu sebelum majlis anda untuk mengingati jurugambar walaupun jurugambar mempunyai jadual kerja mereka. Ini adalah untuk memudahkan anda dan jurugambar anda membuat persediaan yang sepatutnya untuk majlis anda nanti.

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats