Posts tagged editing

Photoshop : Tutorial mudah menghasilkan gambar yang kontras dan lembut

1

Dah lama tak buat tutorial PS. Kali ini AKU nak sharing sesuatu yang cukup mudah tetapi hasil yang cukup berkualiti. Semua dah kenalkan dengan perisian KedaiGambar(PhotoShop) kan. Walaupun sudah ada bermacam-macam perisian yang ada sekarang. Termasuklah yang mudah dengan hanya klik klik dan klik sahaja, tetapi bagi AKU ianya masih lagi tidak dapat menandingi perisian photoshop ini. Dah tak nak banyak celoteh.

Tutorial ini akan mengajar macam mana nak menghasilkan gambar yang cantik. Dengan sedikit sentuhan sahaja, warna gambar, ketajaman gambar serta kelembutan terserlah. Cukup mudah untuk diaplikasikan oleh sesiapa sahaja.

Ini adalah hasil yang akan kita perolehi nanti

1. Sebelum dan Selepas

(more…)

Cubaan editing ala Agah Permadi & Rarinda

1

Dah lama tak buat editing banyak-banyak kat software kegemaran ramai, KedaiGambar Adobe atau nama kampungnya Adobe PhotoShop. hahaha

Sebelum ni hanya menggunakan PS 7.0 je,, pastu dapat PS CS2 pakai kejap je dapat pulak CS3, yang nih lah yang digunakan sampai sekarang.. hmm dah keluard dah pun CS4, tapi ntah macam malas nak tukar dah sebab CS3 nih rasa lebih friendly user

Minggu lepas tengah dok diam-diam ngah buntu, barulah cuba jinak-jinak balik dengan editing ni. tengok FB member ada dia edit ala-ala menggunakan ROL (Ray Of Light). Tengok editing member tu mulalah rasa tercabar.. hahaha, terus tanya dia macam mane dia buat and alhamdulillah dia bagi link untuk dapatkan tutorial tu..

Waaa tengok je tutorial tu rasa best sangat sebab cara dalam tu lebih mudah dan senang. Sebelum nih ader jugak cuba buat, tapi selalu tak jadi. Dapat je cara baru tu terus gabungkan dengan apa yang dah tahu sebelum nih.. huhu lebih nice bile tengok.. dua tiga kali mencuba dan akhirnya dapat satu yang memuaskan hati.. huhuhu.. Insyaallah akan diperbaiki lagi untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan huhu…

Semua gambar-gambar yang ada nih dah lama dah tersimpan dalam laptop. Cari-cari gambar yang sesuai pening jugak huhu… Mula-mula jumpa gambar cikgu sekolah nih.. edit tapi macam pelik je hahaha
2nd try lepas tau cara edit yang senang

pastu edit pulak guna gambar member nih masa wat outing kat Hootspring Sungai Klah. masa amik gambar nih memang niat nak edit ROL, tapi tak buat-buat jugak sampai lah minggu lepas bru teringak gambar ni. Tapi takde lah berapa jadi. letak kat FB adalah yang komen bagi pandangan yang bernas. Siap tolong ngajo lagi.. tq tq tq.. huhu
2nd try lepas tau cara edit yang senang

Dalam pada tu belek-belek lagi koleksi gambar yang ader, jumpa plak gambar yang ni. Mula tak tau camne nak edit gambar nih. Cuba lah jugak plan. huhu dan akhirnya dapat hasil macam nih.
3rd try lepas tau cara edit yang senang

Walaupun hasil tak seberapa, tapi cukup memuaskan. Cuma lepas ni kena lebih banyakkan latihan untuk dapatkan hasil yang lebih menarik dan menawan… ada masa nanti bila buat editing lagi A.K.U upload lagi dalam ni.. yesssss

(more…)

Photoshop : Gambar Effect Lukisan Cat Air

Dah lame tak pernah buat tutorial.. ok untuk kali nih nak tunjuk cara edit gambar ala-ala cat air. dah lama asyik godek2 kat dalam photoshop dan akhirnya dapat gak cara nak hasilkan gambar macam ni..

Ok.. Jom kita tgk macam mana step nak hasilkan gambar ni

(more…)

Saje je mencuba

1

pos (1)

Tengah dok boring-boring kat tempat keja tanpa ada benda nak buat, aku pun edit-edit le sedikit gambar.. hehe saja je try dua tiga mode gambar. Dah siap gambar tu aku tak tau lak nak buat ape so aku pun post la kat dalam ni.. haha layaannnn…!!!

Semua gambar kat atas ni diambil pada hari ahad lepas ketika pergi beraya kat rumah Cikgu Norazman.. lain-lain gambar time raya tu bleh tgk kat REYOKIWARA

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats