Sudah terlalu lama tak update blog.. sebelum nih banyak buat aktiviti-aktiviti luar yang lain.. huhuhu.. sampai tak sempat nak masukkan cerita baru kat dalam blog…

Sebenarnya takde buat apa pun.. cuma sibuk menyiapkan laman blog baru untuk Reyokiwara Team. Pastu setiap hujung minggu lak tak habis2 dengan silat huhu… Sabtu tranning kat upsi, petang kat bukit slim, malam kat bidor.. ahad lak kena mengajar pagi kat SMK(F)Besout..

Silat @ Besout

Kadang-kadang lak sibuk pergi jumpa kawan-kawan lama. nak carik balik kawan-kawan sebab nanti nak jemput masa kenduri nanti hahaha.. dah nak kawen dah aku rupenyer.. Alhamdulillah. Tak terfikir pulak gadis yang aku cari-cari selama nih ada depan mata je rupenya.. hahaha inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kadang-kadang yang kita fikirkan baik sebenarnya adalah buruk buat kita, tapi kadang-kadang yang kita fikirkan tak baik sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita..

Dari awal tahun 2010 sampai hari ini, aku tak amik pun mane2 job wedding.. ada jugak beberapa butik call suruh cover-up diorangnya pengantin. tapi aku tolak sebab aku tekad dengan keputusan aku. aku taknak amik job yang emergency (betul ke eja nih). Sebabnya nanti masa buat kerja rasa terkejar-kejar. tapi butik-butik nih tak paham sebenarnya. Kita berkerja menggunakan skill dan kreativiti berserta emosi.. bukan hanya setakat amik gambar.. betul tak..

Aku pun tekad untuk tahun 2010 nih aku hanya mengambil gambar untuk client yang direct jumpa aku. Tak nak masuk kat butik. Sebab diorang banyak celoteh.. haiyyaa

hmm cukup lah dulu kat sini.. nanti sambung lak.. ader koje jap.. chow dulu.. sekian

(more…)