Posts tagged aduka kias utama

Kesibukan diri

0

Tidak ada apa yang terbaru untuk dipaparkan didalam entry kali ini, tidak banyak yang boleh dikongsi buat sementara waktu ini, masih lagi tiada tutorial photoshop atau apa-apa jua tutorial atau pun gambar-gambar terbaru untuk di upload ke dalam blog…

Ini semuanya gara-gara kesibukan sekarang ini dalam menguruskan pelbagai tugasan, hahaah tapi seronok, sekarang semenjak tertubuhnya Captivated Crew Photography, kerja makin bertambah dengan menguruskan group tersebut bersama-sama rakan yang lain, sekarang nih tidak ada lagi gambar-gambar pengantin di dalam A.K.U PHOTOGRAPHER kerana semua hasil tugasan di majlis perkahwinan hanya akan di upload di laman web rasmi Captivated Crew Photography, pada sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan saya, bolehlah lihat hasil-hasil karya terbaru saya disana huhu..

Sekarang nih ada satu lagi tugasan yang terpaksa dipikul, sebagai leader dalam group Captivated Crew Photography, kini saya kena menjalankan tugas untuk memberikan tugasan-tugasan dan latihan-latihan kepada setiap crew yang terlibat.. selain itu saya juga kini kena menguruskan setiap pelanggan dan  juga bakal pelanggan Captivated Crew Photography, jika dulunya mudah kerana saya hanya menguruskan hanyalah untuk A.K.U PHOTOGRAPHER yang mana bergerak secara solo dan kecil-kecilan, kini dalam Captivated Crew Photography ianya bergerak dengan pantas dan sentiasa perlu up to date huhu.. tapi walaupun semuanya mencabar, saya tetap suka dan happy dalam group tersebut.

Untuk semua yang sentiasa dan masih menyokong saya tidak kiralah dari segi apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana andalah sehingga kini saya bergiat aktif dalam bidang fotografi dan terus maju kedepan.

Terima Kasih Semua

0

Assalamualaikum.. rindu rasanya pada blog A.K.U PHOTOGRAPHER ini… akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak menutup blog ini.. walaupun kini saya telah berpindah ke Captivated Crew Photography, tetapi dalam A.K.U PHOTOGRAPHER banyak kenangan pahit dan manis di dalamnya, sukar untuk membuang dari dalam hati

Jadi bila dok fikir punyer fikir, saya bercadang untuk tidak menutup blog ini dan akan terus berkarya dengan hasil seni cahaya berserta tutorial photoshop yang dah lama saya tak update untuk semua follower, insyaallah jika ada kesempatan saya akan memberikan yang terbaik untuk semua rakan-rakan follower disamping berkerja bersama Captivated Crew Photography.

Terima Kasih Semua kerana masih menyokong Aduka Kias Utama.

Untuk semua pelanggan A.K.U PHOTOGRAPHER, walaupun kini saya dibawah Captivated Crew Photography, anda masih lagi boleh mendapatkan khidmat jurugambar untuk majlis perkahwinan anda direct melalui saya, hanya request sahaja quotation anda di laman Captivated Crew Photography dengan klik DISINI.

Ini sebabnya, diantara A.K.U PHOTOGRAPHER dengan Captivated Crew Photography, tidak ada apa beza antara kedua duanya. yang membezakan adalah kaedah kerja, sebelum ini saya hanya bergerak secara berseorangan, tetapi dalam Captivated Crew Photography, kami bergerak secara berkumpulan. Dan dengan ini kami akan lebih memberikan hasil yang terbaik buat semua. Insyaallah.

ok lah cukup kot setakat nih celoteh buat kali ini. Semoga semua masih sentiasa setia bersama saya dan menyokong saya dari belakang. Pandangan dan komen dari anda semua amatlah diperlukan.

Sekian

Hana Rozana

0

Personal Portrait
Nama : Hana Rozana
Lokasi : Gua Tempurung, Perak
Tarikh : 03 Oktober

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open this post in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

Outing Portraiture

0


Pada ahad yang lepas, 3hb oktober. AKU PHOTOGRAPHER telah anjurkan satu outing berkonsepkan portrait bertempat di Gua Tempurung, Perak. Outing ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan daripada beberapa rakan photographer dan juga kerjasama yang baik daripada model.

Outing bermula dengan berkumpul di gerai makan di Gua Tempurung sambil bersama-sama sarapan pagi. Dan seterusnya hampir jam 10 pagi, breaffing diadakan dengan pengenalan outing serta sesi pengenalan diantara peserta.

Tepat jam 10.15 pagi, sesi photoshot dimulakan dengan perkongsian idea dan kaedah diantara peserta. Sesi photoshot tamat agak lewat daripada cadangan asal kerana masing-masing seronok menjalankan proses mengambil gambar.

Selepas sesi mengambil gambar, pada jam 1.30 petang kami semua telah bergerak ke Restoran Nasi Ayam Hainan untuk makan tengah hari serta menjalankan sesi koyak gambar dan outing pada kali ini telah tamat pada jam 4.00 petang.

PROMOSI DVD : Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan

0

Terima Kasih Kepada Cikgu Adhadi (http://adhadimohd.com/) kerana telah mengeluarkan satu produk yang cukup-cukup berguna kepada semua perekabentuk custom album di seluruh malaysia. produk ini tak lain tak bukan adalah

DVD : Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan

Didalam DVD ini mengajar bagaimana mereka bentuk Custom Album dengan susunan dan hasil yang cukup cantik berserta kreativiti-kreativiti yang boleh digunakan serta menambahkan lagi gaya rekabentuk album. Jadi tidak rugi jika perekabentuk Album Perkahwinan mendapatkan DVD Tutorial ini.

Promosi Sehingga 12 September 2010 sahaja termasuk penghantaran

Harga

Semenanjung : RM129.00
Sabah/sarawak : RM139.00

Harga Runcit Biasa (Selepas Promosi) : RM249.00

Tempoh Penghantaran : 3 hari hingga 2 minggu. Bergantung Stock!

Isi kandungan :
Episod 1 : Proses Pemilihan dan Rating
Episod 2 : Suntingan Asas
Episod 3 : Membina Canvas
Episod 4 : Menambah Guide dan Ruler
Episod 5 : Import Gambar & Smart Object
Episod 6 : Proses Menyusun Gambar, Resizing dan Alignment
Episod 7 : Penyimpanan PSD dan JPEG untuk cetakan
Episod 8 : Membina Collage Composite 1
Episod 9 : Menambah Bingkai
Episod 10 : Menambah Drop Shadow
Episod 11 : Suntingan Layer, Black & White Dan Sepia
Episod 12 : Menambah teks dan fungsi Opacity
Episod 13 : Membina Collage Composite 2
Episod 14 : Membina Collage Composite 3
Episod 14 : Membina Collage Composite 4
Episod 15 : Rahsia Penyuntingan Potret
Episod 16 : Penyuntingan Untuk Fokus Dan Depth Of Field
Episod 17 : Penyuntingan Warna & Sharpening

Isi Kandungan DVD
3.0GB video
700mb textures
Kerawang
Adhadi Mohd Photoshop Actions Pack

Kaedah pembelian

lakukan pembayaran kepada akaun :
MAYBANK – 162366938430
CIMB AKAUN – 12200000598200
Diatas penama : Nurhaiza zain


Sila email haizazain@gmail.com dengan SUBJEK : KURSUS BINA CUSTOM ALBUM,
selepas pembayaran dibuat, bersama bukti pembayaran. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan boleh email : adhadi@gmail.com atau telefon 012 3076857 (Cikgu Adhadi Mohd)

Testimoni daripada A.K.U PHOTOGRAPHER sendiri

Terima kasih kepada Cikgu Adhadi kerana telah memberikan sesuatu ilmu yang sangat berguna dimana daripada DVD Kursus ini telah menambahkan lagi skill dan juga pengetahuan saya didalam proses membina custom album perkahwinan supaya album tersebut nampak lebih menarik dan berkualiti.

Segala yang diajarkan didalam DVD Kursus ini juga adalah dalam bentuk video dan juga mudah untuk difahami kerana menggunakan bahasa pengantar yang mudah dan tutorial yang ringkas serta hasil yang cukup-cukup menawan

Tidak rugi jika perekabentuk album di luar sana tidak kita siapa anda, tempahlah sekarang.


(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats