Dalam teknologi digital sekarang ini, mudah untuk kita mengambil gambar-gambar yang cantik. tetapi kadang-kala kita mengambil gambar yang mempunyai hasil lari daripada ketepatan asas fotografi. contohnya gambar yang under expose, over expose, unsharp, motion blur, out of focus, over noise dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kita sekarang menggunakan tekmologi digital, selalunyalah kita akan padam terus gambar tersebut melalui kamera tidak kiralah menggunakan kamera kompak atau pun DSLR. Tapi kali selepas ini apa kata korang tak payah padam di dalam kamera kerana tanpa kita ketahui kadang-kala gambar-gambar yang sebeginilah yang lebih berkualiti. Jadi biarkanlah dulu gambar tersebut di dalam kamera dan setelah dipindahkan ke komputer barulah pilih gambar-gambar yang boleh digunakan untuk proses editing supaya gambar yang dianggap rosak tadi boleh digunakan semula.

Semestinya semua tahu kamera lomo bukan.. apa itu kamera lomo??? tak perlulah saya terangkan kerana korang cuma perlu baca sahaja diruangan wikipedia. Klik sini

Tapi adakah kita perlukan kamera lomo untuk menghasilkan gambar berbentuk lomo. Eeemmmm teknologi semakin berkembang. Kita tiada kamera lomo untuk menjadi lomografi, tetapi kita ada photoshop bukan untuk menjadi lomografik.

Mari kita lihat macam mana daripada gambar yang dianggap rosak tadi bertukar menjadi gambar bernilai

dibawah ni contoh gambar yang dianggap dah rosak dan tersimpang dari ciri-ciri fotografi
Lomo Effect Tutorial

Jadi bagaimana nak jadikan gambar seperti ini bernilai kembali???

Apa yang perlu kita faham, lomografi lebih kepada style point and shoot, ia tidak perlu memikirkan perkara yang patut ada dan tak patut ada dalam sesebuah gambar. gambar lomografi juga mempunyai saturation yang cerah, contrast yang tinggi dan terdapat efek Vignette pada sekeliling gambar disebabkan lens yang digunakan oleh kamera lomo.

Mudah je.. ikut langkah-langkah dibawah untuk menghasilkan gambar dengan efek lomografi.

1. Buka Adobe Photoshop, tak kisah version mana-mana pun boleh

2. Untuk mula-mula kita naikkan dahulu contrast dan situration gambar dengan menggunakan LAVEL. pergi ke toolbar > image > adjustment > lavel, Set pada histogram lavel seperti mana yang ditunjukkan rajah dibawah. Apa yang perlu diketahui ialah, kita setkan bahagian highlight dan shadow ke dalam sedikit daripada kaki histrogram di kiri dan kanan. Setkan pada setiap channel iaitu channel RGB, Channel RED, Channel GREEN dan channel BLUE
Lomo Effect Tutorial
Lomo Effect Tutorial
Lomo Effect Tutorial
Lomo Effect Tutorial

3. Kemudian kita naikkan lagi sedikit saturation gambar ini dengan klik pada toolbar, Image > adjusments > hue/saturation. Kita hanya perlu naikkan sedikit sahaja saturation gambar ini. Jika dinaikkan terlebih, warna gambar akan terlalu terang
Lomo Effect Tutorial

4. Setelah itu kita naikkan pula contrast gambar dengan pergi ke toolbar, image > adjustments > Brightness/Contrast. Contras juga dinaikan sedikit daripada nilai asal
Lomo Effect Tutorial

5. Dan lagi kita adjust pula pada curve, pergi ke toolbar lagi, image > Adjustments > Curve. disini kita setkan graf gambar tersebut menjadi bentuk ‘S’, dengan menghasilkan bentuk ‘S’ ini, kita akan menurunkan lagi bahagian shadow dan menaikkan bahagian highlight. Ini adalah untuk mendapatkan bayang-bayang dan bentuk subjek yang lebih jelas
Lomo Effect Tutorial

6. Seperti apa yang diberitahu diatas tadi, gambar lomo perlukan efek vignetted. sekarang kita hasilkan pula efek vignatted tersebut. Mula-mula letakkan layer yang baru. Boleh pergi ke toolbar, layer > new > layer, atau pun menekan pada kekunci keyboard CTRL + SHIFT + N.
Lomo Effect Tutorial

7. Kemudian dengan menggunakan Lasso Tool, kita seretkan pada gambar disekeliling bingkai gambar seperti dibawah. Boleh juga kita buat pada sekeliling subjek mengikut pada gambar-gambar tertentu
Lomo Effect Tutorial

8. Sebelum kita hasilkan ruang untuk diletakkan vignette. Kita perlu meletakkan feather pada garisan lasso tadi untuk mendapatkan sempadan yang lembut dan kabur. Saya setkan kepada nilai 200 kerana gambar yang digunakan adalah beresolusi tinggi. Jika gambar hasil daripada telefon, cukuplah sekadar menggunakan dibawah nilai 50
Lomo Effect Tutorial

9. Kemudian kita invert dahulu garisan lasso tadi dengan pergi ke toolbar, Select > Inverse, atau pun boleh menggunakan kekunci CTRL + SHIFT + I. Dan seterusnya kita isikan ruangan tadi dengan warna hitam
Lomo Effect Tutorial

10. Dan akhir sekali kita setkan blending mode bagi layer vignette ini kepada overlay seperti gambar dibawah
Lomo Effect Tutorial

11. Dan hasilnya.. jeng jeng jeng
Lomo Effect Tutorial

Dibawah ini contoh lagi gambar yang dihasilkan menggunakan efek lomografik
Contoh 1
Lomo Effect Tutorial

Contoh 2
Lomo Effect Tutorial