Seminar Pengiraan Kos Fotografi Profesional Oleh Saiful Nang

Oleh Cikgu Adhadi Mohd
Kepada yang berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik dalam bidang fotografi, saya sarankan anda mengikuti seminar ini. Ssangat-sangatlah saya recommend. Saya tahu ramai yang fikir tak munasabah caj wedding sampai 1k, belum lagi cerita 5-6k. SN dah buktikan method yang beliau berjaya, malah method beliau bukan sahaja dah berjaya diguna pakai oleh team-team candidcyndrome sahaja, malah banyak lagi jurugambar-jurugambar di Malaysia.
KENAPA PERLUNYA HADIR KE SEMINAR INI JIKA ANDA BERMINAT MENJADI SALAH SEORANG PROFESIONAL PHOTOGRAPHER?
Sekiranya anda tak berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik, just fikirkan ini, katakan anda beli Nikon D80 berharga 3k, dengan flash RM800, dan card, beg dan bla bla bla…. anda spent 5-6k. Sekiranya anda ambil job wedding sebulan 2kali dengan harga RM500 setiap pengantin (cover nikah dan sanding, 1 album), alhamdulilllah memang la itu satu extra income, 2x sebulan dah jadi RM1k. Tolak Ramadhan, Bulan tanpa cuti sekolah, mungkin anda ada 7-8 bulan dengan purata 2 job sebulan. So anda dapatlah RM4000 setahun.
Pada masa itu kamera anda dah pun lusuh, Flash anda pun dah tertanggal sana sini getahnya. Pada masa tu dah menjadi satu keperluan untuk menukar peralatan pula. Kalau income setahun cuma 4kk, kos peralatan pun kita tak dapat return. Belum lagi penat lelah kita bekerrja dan kos minyak dan macam-macam lagi.
Anda kena beringat bahawa, sepertimana barang elektronik lain, kamera dan flash anda juga mudah rosak. Saya pernak rosak SB800 dan SB600 serentak kerana gerimis, mengakibatkan saya ambil gambar foto family dengan pop up flash sahaja. Body kamera D80 saya juga pernah tidak berfungsi, command dail tidak boleh tukar nilai shutter dan macam-macam lagi masalah. Itu belum lagi lensa general zoom 17-50mm saya yang jatuh di malam berinai sewaktu menukar lens. Saya bernasib baik selepas masalah 2 flash saya rosak, saya sentiasa membawa peralatan backup. Dan kos peralatan backup juga sedah pasti 4-5k juga pada entry lavel..
Anda juga perlu sedar, sekiranya anda ingin membawa nilai fotografi anda ketahap baru, anda memerlukan modal untuk pembelajaran, majalah, buku, internet, ini semua modal yang perlu dikira. Belum outing-outing lagi. dan anda juga perlu sentiasa menaiktaraf lensa anda, kalau dulu pakai kits lens sahaja, dapatkan lah pulak 5omm 1.8, kalau kosnya RM400, itupun banyak juga. Belum lagi diffuser yang bermacam-macam lagi.
Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama dengan anda, takut nak menaikkan rate, takut orang tak ambil kita, takut kita di cop pencekik darah… alhamdulillah saya tak pernah dicop begitu. kalau dulu nak lepas tembok 1k ke atas memang sukar, tapi bila dapat 1st customer pada 1k, saya dapat keyakinan tu dan seterusnya tinggal sejarah.
Bukan team Candidsyndrome sahaja yang boleh meraih ribuan ringgit dari single wedding, kebanyakan photographers yang saya kenali meraih sebegitu dalam single wedding. Cuma SN cukup baik hati untuk berkongsi dengan anda.
Saya yakin, kalau anda semua berani menempuh cabaran menjadi seorang jurufoto yang berjaya… dan yakin dengan apa yang anda buat, insyaAllah satu hari nanti anda juga akan menikmati pendapatan yang lebih baik dari bidang fotografi ini.
Oleh Cikgu Adhadi Mohd
Untuk keterangan lanjut mengenai Seminar ini, Sila layari PHOTOSKOOL




