The Best Moment's Through My Lens!!
Photoshop : Tutorial mudah menghasilkan gambar yang kontras dan lembut
Dah lama tak buat tutorial PS. Kali ini AKU nak sharing sesuatu yang cukup mudah tetapi hasil yang cukup berkualiti. Semua dah kenalkan dengan perisian KedaiGambar(PhotoShop) kan. Walaupun sudah ada bermacam-macam perisian yang ada sekarang. Termasuklah yang mudah dengan hanya klik klik dan klik sahaja, tetapi bagi AKU ianya masih lagi tidak dapat menandingi perisian photoshop ini. Dah tak nak banyak celoteh.
Tutorial ini akan mengajar macam mana nak menghasilkan gambar yang cantik. Dengan sedikit sentuhan sahaja, warna gambar, ketajaman gambar serta kelembutan terserlah. Cukup mudah untuk diaplikasikan oleh sesiapa sahaja.
Ini adalah hasil yang akan kita perolehi nanti
1. Sebelum dan Selepas

2. Mula-mula kita duplicate dulu gambar sedia ada kepada 2 layer. Pada Tool Bar, klik pada Layer > Duplicate layer, atau pun tekan CTRL + J pada keyboard untuk duplicate gambar dan anda akan mendapati 2 layer akan terhasil pada tetingkap layer. Lihat terdapat layer asal dengan nama “background” dan dua lagi layer yang telah ditambah AKU beri nama “Layer Blur” dan “Layer Sharp”.

3. Kita disable dulu Layer Sharp dengan klik pada kekotak mata pada sebelah layer tersebut. Dan kemudian kita klik pada Layer Blur untuk kita kerjakan layer tersebut

4. Langkah seterusnya ialah kita memblurkan Layer Blur tadi dengan pergi ke bahagian tool bar, klik pada Filter > Blur > Gaussion Blur. Setkan Radius Blur Pixel mengikut citarasa yang dianggap sesuai dan dapatlah hasil seperti dibawah. Langkah ini bertujuan untuk berikan gambar tersebut kabur dan juga menghilangkan beberapa kotoran yang kita tak mahukan.


5. Set Blending Mode bagi Layer Blur kepada Soft Light dan gambar anda akan jadi seperti ini

6. Klik semula kotak mata pada Layer Sharp untuk aktifkan layer tersebut. klik pada layer Sharp untuk kita kerjakan pula layer tersebut

7. Klik pada Filter > Other > High Pass. Dan kemudian setkan pixel pada radius yang bersesuaian. Perlu diingatkan, tidak perlu meletakkan pada radius yang tinggi. cukup sekadar timbul beberapa garisan pada gambar kerana kita hanya perlu menajamkan beberapa bahagian yang sepatutnya sahaja.

8. Setkan blending mode bagi Layer Sharp dengan Vivid Light. Tujuan langkah 7-8 ini adalah untuk mendapatkan gambar yang tajam seperti asalnya.

9. Untuk mendapatkan lagi effek gambar yang menarik, kita tambahkan vignetted pada sekeliling subjek. Klik pada Lasso Tool, dan seretkan untuk mendapatkan lingkaran pada sekeliling subjek. (Vignette : Gambar dengan latar belakang yang berunsur kelam)


10. Setkan Feather untuk melembutkan sekeliling lingkaran yang kita buat tadi. Pada Tool Bar klik pada Select > Modify > Feather atau tekan pada keyboard CTRL + ALT + D. Masukkan nilai yang berpatutan dengan gambar, perlu diingatkan bahawa pemilihan pixel adalah berpandukan pixel gambar. Oleh kerana saya menggunakan gambar beresolusi tinggi maka saya setkan pada nilai 100. Kemudian kita Inverse lingkaran tadi dengan tekan kekunci CTRL + SHIFT + I.

11. Kemudian kita masukkan layer baru. Klik pada Layer > New > Layer atau menggunakan kekunci pada keyboard dengan tekan kekunci CTRL + SHIFT + N,

12. Klik pada Edit > Fill atau pun pada kekunci menggunakan SHIFT + F5. dan tetingkap seperti gambar dibawah akan muncul. Pada Contents, setkan pada warna hitam (Black) dan klik pada OK. Gambar anda akan jadi seperti berikutnya


13. Klik pada Tool Bar Select > Diselect atau pun menggunakan kekunci CTRL + D. Setkan Blending bagi Layer Vignette tersebut kepada Softlight.

14. Selepas korang dah buat semua langkah diatas, maka hasilnya jadilah seperti ini…

So macam mana tutorial kali ini? semoga korang mencuba ye tutorial yang mudah ini.. Selamat mengedit
| Print article | This entry was posted by aduka kias utama on July 21, 2010 at 1:09 pm, and is filed under Artikel, Photoshop. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
No comments yet.
No trackbacks yet.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
about 1 week ago - No comments
Alhamdulillah setelah sekian lama kita dijajah, bermulanya dari Portugis, Belanda, British, Jepun, Kominis, akhirnya atas semangat juang dan perpaduan yang ditonjolkan akhirnya Tanah Melayu telah menyingkap sejarah dunia dengan kemerdekaan paling aman di dunia tanpa sebarang pertumpahan darah. Kemerdekaan yang diberikan oleh pihak British terhadap Tanah Melayu telah memberikan cita-cita seluruh rakyat Tanah Melayu menjadi
PHOTOSHOP : STOP!!!.. Jangan buang dulu gambar anda yang salah capture
about 1 month ago - 5 comments
Dalam teknologi digital sekarang ini, mudah untuk kita mengambil gambar-gambar yang cantik. tetapi kadang-kala kita mengambil gambar yang mempunyai hasil lari daripada ketepatan asas fotografi. contohnya gambar yang under expose, over expose, unsharp, motion blur, out of focus, over noise dan lain-lain lagi. Oleh kerana kita sekarang menggunakan tekmologi digital, selalunyalah kita akan padam terus
Bengkel Express Photographer bersama Paksu (Photo Impian)
about 2 months ago - No comments
Hari Sabtu minggu lepas, 3 Jul 2010. Saje je pergi join sekali bengkel anjuran Photo Impian yang di buat oleh Paksu di PICC, Putrajaya… hahaha best jugak dah lama tak pergi bengkel foto macam nih. Walaupun saya dah beberapa kali menghadiri bengkel asas, tapi apa salahnya kan kalau kita turun sekali memeriahkan disamping berkongsi-kongsi ilmu
Contoh Album – Canvas
about 2 months ago - No comments
Sebelum ini ramai yang bertanya bagaimana album yang saya sediakan untuk mencoretkan memory hari terindah pengantin. Dan selalulah saya akan beritahu untuk nak tengok album lebih baik kita set appointment. bukan apa mudah untuk saya dan juga anda sebagai bakal pengantin meneliti hasil yang akan anda dapat dengan lebih dekat. Tetapi oleh kerana ramai yang
Cubaan editing ala Agah Permadi & Rarinda
about 5 months ago - 1 comment
Dah lama tak buat editing banyak-banyak kat software kegemaran ramai, KedaiGambar Adobe atau nama kampungnya Adobe PhotoShop. hahaha Sebelum ni hanya menggunakan PS 7.0 je,, pastu dapat PS CS2 pakai kejap je dapat pulak CS3, yang nih lah yang digunakan sampai sekarang.. hmm dah keluard dah pun CS4, tapi ntah macam malas nak tukar dah
ReBranding @ Penjenamaan Semula
about 5 months ago - No comments
DIUMUMKAN Sempena tahun 2010 My Graphic’s Gallery kini ditukarkan kepada A.K.U Photographer ___________________________________________________________________________________________________________________ Penukaran nama ini adalah kerana untuk membuat lebih kemajuan dalam bidang photographer dan juga beberapa bidang lain. Dengan lebih ketelitian untuk menambah Kualiti, diharap dengan penjenamaan semula ini, kemajuan yang diharapkan akan dicapai dengan jayanya. InsyaAllah
A.K.U bercerita lagi
about 5 months ago - No comments
Sudah terlalu lama tak update blog.. sebelum nih banyak buat aktiviti-aktiviti luar yang lain.. huhuhu.. sampai tak sempat nak masukkan cerita baru kat dalam blog… Sebenarnya takde buat apa pun.. cuma sibuk menyiapkan laman blog baru untuk Reyokiwara Team. Pastu setiap hujung minggu lak tak habis2 dengan silat huhu… Sabtu tranning kat upsi, petang kat
Photoshop : Gambar Effect Lukisan Cat Air
about 7 months ago - 2 comments
Dah lame tak pernah buat tutorial.. ok untuk kali nih nak tunjuk cara edit gambar ala-ala cat air. dah lama asyik godek2 kat dalam photoshop dan akhirnya dapat gak cara nak hasilkan gambar macam ni.. Ok.. Jom kita tgk macam mana step nak hasilkan gambar ni Step 1: Buka Gambar yang nak diedit tu kedalam
Saje je mencuba
about 11 months ago - 1 comment
Tengah dok boring-boring kat tempat keja tanpa ada benda nak buat, aku pun edit-edit le sedikit gambar.. hehe saja je try dua tiga mode gambar. Dah siap gambar tu aku tak tau lak nak buat ape so aku pun post la kat dalam ni.. haha layaannnn…!!! Semua gambar kat atas ni diambil pada hari ahad





