Dah lame tak pernah buat tutorial.. ok untuk kali nih nak tunjuk cara edit gambar ala-ala cat air. dah lama asyik godek2 kat dalam photoshop dan akhirnya dapat gak cara nak hasilkan gambar macam ni..

Ok.. Jom kita tgk macam mana step nak hasilkan gambar ni


Step 1:
Buka Gambar yang nak diedit tu kedalam Photoshop. Bawah ni adalah contoh gambar yang saya nak edit
gambar asal yang nak di edit

Step 2:
Duplicated layer background iaitu layer asal kepada 3 layer dengan menekan CTRL+J pada keyboard
duplicate kepada 3 layer

Step 3:
Disablekan dua layer diatas dan select pada layer1
select layer pertama

Step 4:
untuk layer1, kita apply kan filter Cutout, filter tersebut boleh diambil pada Filter > Artistic > Cutout. dan adjust Levels dan Edge mengikut kesesuaian anda
filter cutout

selepas itu set kan Blending Mode untuk layer ini kepada Luminosity
Blending Liminosity

Gambar anda akan menjadi begini
hasil cutout

Step 5:
Kemudian Select pula layer yang berikutnya iaitu layer yang bernama layer1 copy, untuk layer ini kita masukkan filter Dry Brush. Kita gunakan filter ini untuk dapatkan sedikit texture pada gambar
Filter Dry Brush

dan kemudian kita set kan blending mode kepada Screen
Blending Screen

anda akan dapat gambar macam ni
hasil dry brush

Step 6:
akhir sekali kita pilih layer yang seterusnya yang bernama Layer 1 Copy 2
select layer

untuk layer ini kita gunakan filter Median. dimana anda boleh dapatkan filter median ini pada Filter > Noise > Median. kita gunakan filter ini untuk membuat lebih banyak detail pada gambar. setkan radius kepada beberapa pixel yang bersesuaian dengan gambar anda
Filter Median

dan kemudian set kan blending kepada Soft Light
Blending Soft Light

dan inilah hasil yang anda akan dapat.. tahniah kerana mencuba…
Hasil terakhir

Untuk kebiasaanya saya selalu menambah sedikit editing untuk menaikkan warna. dan dibawah adalah hasil gambar yang telah di adjust sedikit warnanya
penambahan