Mahalnyer Pakej Jurugambar Kawen!!!
Mungkin ramai bakal-bakal pengantin yang mahukan kenangan terindah mereka diabadikan akan berkata seperti tajuk tu… betul tak???
Mahal ke upah jurugambar perkahwinan???
Semua bakal-bakal pengantin mahukan hari terindah mereka berseri-seri dan meriah. Diraikan oleh semua sanak saudara dan rakan-rakan. dan pengantin akan merangka perbelanjaan mereka untuk menjadikan majlis mereka meriah tak terkata. Bakal pengantin akan memilih butik-butik yang memenuhi citarasa mereka dari pelamin, baju, solekan, hiasan bilik sehinggalah hiasan meja makan pengantin. Begitu juga dengan katering dari khemahnya, hiasan khemah, masakannya hinggalah ke lauk-lauk yang bakal pengantin jamah.. waa meriah sungguh meraikan Raja Sehari.
Bakal-bakal pengantin akan mengeluarkan belanja mereka untuk semua itu yang mana semua perbelanjaan tersebut hanya diguna pakai dalan sehari sahaja.. Berapa habis?? hmm betul atau tidak dah habis sehingga RM5000++ malah lebih lagi
Tapi alangkah sedihnya jika tidak diabadikan semua kenangan indah tersebut untuk menjadi tatapan dimasa hadapan. melihat album-album memori indah yang cukup berseri-seri memang mengundangkan senyuman. Tambahan pula bila sanak saudara melihat album-album perkahwinan yang cukup-cukup menarik.
Maka untuk mendapatkan album yang indah-indah tersebut bakal pengantin mula mencari jurugambar yang akan mengabadikan kenangan mereka. Mulalah mencari-cari jurugambar yang memenuhi citarasa mereka. Alhamdulillah jumpa, dan bertanyalah akan harga upah jurugambar.. “Mak aih, mahalnyer jurugambar ni, cuma gambar je dah mahal macam ni”
Ahhha itulah yang kadang-kadang ramai pengantin yang tidak tahu, kami sebagai jurugambar bukan sahaja mengambil gambar, kami bermain dengan seni cahaya. bermain dengan skill dan teknik juga dengan kreativiti yang selalunya kena perah dan sentiasa perlukan penambahbaikkan setiap masa. Bakal pengantin cuma perlu mengupah pada kadar yang berpatutan. Mahalkah hanya bermula dari pakej RM1200 sehinggakan ada yang mencecah RM3000 atau lebih. Ini juga bergantung kepada jurugambar tersebut.
Selepas habis ambil gambar ketika majlis, jurugambar akan menyambung pula kerja di rumah atau pejabat. Memilih gambar-gambar yang terbaik dan cantik yang kadang kala mengambil masa 2 hingga 3 hari. Disusuli pula dengan proses editing, mereka bentuk Album sehingga menjadi cantik mengambil pula masa ke beberapa hari hanya untuk proses editing dan design. kemudian proses printing, terpaksalah jurugambar pergi kedai printing album dan akhirnya terjadilah album yang indah.
Dan seterusnya menghantar album kepada pengantin maka terloponglah pengantin.. “Wow,, cantiknya hasil sentuhan awak”. Dan album tersebut menjadi kenangan abadi mereka seumur hidup..
Ya.. Seumur hidup mereka akan menggunakan memori indah mereka untuk ditatap dan dikenang. Berbaloi atau tidak jika hendak dibandingkan dengan upah pelamin, make-up dan lain-lain yang hanya untuk sehari??? Sedangkan kami sebagai jurugambar mengabadikan segala yang indah sebagai memori anda seumur hidup…

This entry was posted by aduka kias utama on April 1, 2010 at 1:53 pm, and is filed under Artikel. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site.




