Tidak ada apa yang terbaru untuk dipaparkan didalam entry kali ini, tidak banyak yang boleh dikongsi buat sementara waktu ini, masih lagi tiada tutorial photoshop atau apa-apa jua tutorial atau pun gambar-gambar terbaru untuk di upload ke dalam blog…

Ini semuanya gara-gara kesibukan sekarang ini dalam menguruskan pelbagai tugasan, hahaah tapi seronok, sekarang semenjak tertubuhnya Captivated Crew Photography, kerja makin bertambah dengan menguruskan group tersebut bersama-sama rakan yang lain, sekarang nih tidak ada lagi gambar-gambar pengantin di dalam A.K.U PHOTOGRAPHER kerana semua hasil tugasan di majlis perkahwinan hanya akan di upload di laman web rasmi Captivated Crew Photography, pada sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan saya, bolehlah lihat hasil-hasil karya terbaru saya disana huhu..

Sekarang nih ada satu lagi tugasan yang terpaksa dipikul, sebagai leader dalam group Captivated Crew Photography, kini saya kena menjalankan tugas untuk memberikan tugasan-tugasan dan latihan-latihan kepada setiap crew yang terlibat.. selain itu saya juga kini kena menguruskan setiap pelanggan dan  juga bakal pelanggan Captivated Crew Photography, jika dulunya mudah kerana saya hanya menguruskan hanyalah untuk A.K.U PHOTOGRAPHER yang mana bergerak secara solo dan kecil-kecilan, kini dalam Captivated Crew Photography ianya bergerak dengan pantas dan sentiasa perlu up to date huhu.. tapi walaupun semuanya mencabar, saya tetap suka dan happy dalam group tersebut.

Untuk semua yang sentiasa dan masih menyokong saya tidak kiralah dari segi apa pun, saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana andalah sehingga kini saya bergiat aktif dalam bidang fotografi dan terus maju kedepan.