Contoh Album – Canvas
Sebelum ini ramai yang bertanya bagaimana album yang saya sediakan untuk mencoretkan memory hari terindah pengantin. Dan selalulah saya akan beritahu untuk nak tengok album lebih baik kita set appointment. bukan apa mudah untuk saya dan juga anda sebagai bakal pengantin meneliti hasil yang akan anda dapat dengan lebih dekat.
Tetapi oleh kerana ramai yang bertanya “tak publish ke album kat blog??” maka saya pun meletakkan contoh album yang akan anda dapat sebagai tatapan anda. Walaupun begitu, saya masih lagi preffer kepada bakal-bakal pengantin yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah set oppointment untuk mendapatkan lebih maklumat dari segi harga, jenis album dan perubahan yang diiginkan oleh pengantin itu sendiri terhadap pakej yang telah saya sediakan.
Contoh album yang ditunjukkan ini adalah:
Jenis : canvas
Saiz : 8″x24″
Majlis : pertunangan
Beginilah contoh rupa bentuk album

Bucu album diletakkan dengan besi untuk lebih kekemasan

Bucu ini juga berfungsi untuk memberi ciri-ciri keselamatan pada album

Canvas yang digunakan untuk kulit album

Muka belakang juga bergambar dan signature A.K.U PHOTOGRAPHER hanya terletak dibahagian belakang

Helaian bahagian dalam adalah jenis Matte untuk membuatkan album tampak lebih kemas

Gambar terus dicetak diatas album dan bukannya ditampal

Editing dan olahan yang kemas untuk album pengantin

Bukaan album sebanyak 180 darjah tanpa menjejaskan album

bahagian tegah gambar terus bersambung dan tidak terputus

Ini adalah contoh beberapa gambar yang telah mendapat sentuhan A.K.U PHOTOGRAPHER pada album






