saje-saje

Jawapan Peraduan Teka Gambar

5

Pembayang : Panjang & Pendek

Jawapan : PEMBARIS BESI

Tahniah kepada Muhd Hanis (Eis amran – FB Profile) kerana menjawap dengan batul

RM50 : Peraduan teka Gambar

0

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat. Peraduan ni mudah je, korang akan diberi satu potongan gambar dan korang cuma perlu meneka gambar tersebut. Bagi yang dapat menjawab dengan betul, RM50 adalah milik korang… Hanya sekadar suka-suka untuk semua.

Terma & Syarat

  1. Korang perlu tekan butang “LIKE” pada Page FB A.K.U PHOTOGRAPHER
  2. Isikan maklumat korang kat borang di bawah berserta jawapan
  3. Tekan butang “Hantar Jawapan”
  4. Hadiah akan diberikan kepada yang telah meneka dengan betul dan telah menekan butang LIKE di Page FB A.K.U PHOTOGRAPHER
  5. Peneka jawapan yang betul akan diberitahu melalui email dan nama akan dipaparkan di dalam blog berserta jawapan.
  6. Admin tidak bertanggung jawab pada sebarang jawapan yang tidak sampai atau tidak berjaya dihantar
  7. Peraduan ini tiada berkaitan dengan mana2 agensi atau syarikat. Ianya adalah milik perseorangan dan pemilik blog ini.
  8. Tempoh peraduan adalah sehingga ada yang dapat meneka dengan tepat gambar yang diberikan.
  9. Keputusan pemenang adalah muktamat.

Pembayang = PANJANG & PENDEK

PERADUAN TELAH DITUTUP KERANA JAWAPAN YANG BETUL TELAH DIBERIKAN

klik sini untuk jawapan

Hire Iklan Di Kahwin Mall

2

Telah lama merancang nak buat iklan pada web-web lain. Baru-baru ini telah hire KahwinMall.com sebagai salah satu lokasi pengiklanan digital bagi produk perkhidmatan A.K.U PHOTOGRAPHER. Insyaallah pada masa akan datang, akan lebih banyak iklan-iklan perkhidmatan yang ditawarkan oleh A.K.U PHOTOGRAPHER di web-web lain.

Rancangan pada masa depan?

Pada masa sekarang, A.K.U PHOTOGRAPHER dijalankan secara separuh masa dimana berkerja secara freelancer. InsyaAllah pada masa hadapan A.K.U PHOTOGRAPHER akan dijalankan secara sepenuh masa untuk lebih memberi tumpuan kepada pelanggan-pelanggan.

Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan, rakan-rakan dan keluarga yang memberi galakan serta sokongan kepada A.K.U PHOTOGRAPHER
(more…)

Cubaan editing ala Agah Permadi & Rarinda

1

Dah lama tak buat editing banyak-banyak kat software kegemaran ramai, KedaiGambar Adobe atau nama kampungnya Adobe PhotoShop. hahaha

Sebelum ni hanya menggunakan PS 7.0 je,, pastu dapat PS CS2 pakai kejap je dapat pulak CS3, yang nih lah yang digunakan sampai sekarang.. hmm dah keluard dah pun CS4, tapi ntah macam malas nak tukar dah sebab CS3 nih rasa lebih friendly user

Minggu lepas tengah dok diam-diam ngah buntu, barulah cuba jinak-jinak balik dengan editing ni. tengok FB member ada dia edit ala-ala menggunakan ROL (Ray Of Light). Tengok editing member tu mulalah rasa tercabar.. hahaha, terus tanya dia macam mane dia buat and alhamdulillah dia bagi link untuk dapatkan tutorial tu..

Waaa tengok je tutorial tu rasa best sangat sebab cara dalam tu lebih mudah dan senang. Sebelum nih ader jugak cuba buat, tapi selalu tak jadi. Dapat je cara baru tu terus gabungkan dengan apa yang dah tahu sebelum nih.. huhu lebih nice bile tengok.. dua tiga kali mencuba dan akhirnya dapat satu yang memuaskan hati.. huhuhu.. Insyaallah akan diperbaiki lagi untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan huhu…

Semua gambar-gambar yang ada nih dah lama dah tersimpan dalam laptop. Cari-cari gambar yang sesuai pening jugak huhu… Mula-mula jumpa gambar cikgu sekolah nih.. edit tapi macam pelik je hahaha
2nd try lepas tau cara edit yang senang

pastu edit pulak guna gambar member nih masa wat outing kat Hootspring Sungai Klah. masa amik gambar nih memang niat nak edit ROL, tapi tak buat-buat jugak sampai lah minggu lepas bru teringak gambar ni. Tapi takde lah berapa jadi. letak kat FB adalah yang komen bagi pandangan yang bernas. Siap tolong ngajo lagi.. tq tq tq.. huhu
2nd try lepas tau cara edit yang senang

Dalam pada tu belek-belek lagi koleksi gambar yang ader, jumpa plak gambar yang ni. Mula tak tau camne nak edit gambar nih. Cuba lah jugak plan. huhu dan akhirnya dapat hasil macam nih.
3rd try lepas tau cara edit yang senang

Walaupun hasil tak seberapa, tapi cukup memuaskan. Cuma lepas ni kena lebih banyakkan latihan untuk dapatkan hasil yang lebih menarik dan menawan… ada masa nanti bila buat editing lagi A.K.U upload lagi dalam ni.. yesssss

(more…)

A.K.U bercerita lagi

0

Sudah terlalu lama tak update blog.. sebelum nih banyak buat aktiviti-aktiviti luar yang lain.. huhuhu.. sampai tak sempat nak masukkan cerita baru kat dalam blog…

Sebenarnya takde buat apa pun.. cuma sibuk menyiapkan laman blog baru untuk Reyokiwara Team. Pastu setiap hujung minggu lak tak habis2 dengan silat huhu… Sabtu tranning kat upsi, petang kat bukit slim, malam kat bidor.. ahad lak kena mengajar pagi kat SMK(F)Besout..

Silat @ Besout

Kadang-kadang lak sibuk pergi jumpa kawan-kawan lama. nak carik balik kawan-kawan sebab nanti nak jemput masa kenduri nanti hahaha.. dah nak kawen dah aku rupenyer.. Alhamdulillah. Tak terfikir pulak gadis yang aku cari-cari selama nih ada depan mata je rupenya.. hahaha inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kadang-kadang yang kita fikirkan baik sebenarnya adalah buruk buat kita, tapi kadang-kadang yang kita fikirkan tak baik sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita..

Dari awal tahun 2010 sampai hari ini, aku tak amik pun mane2 job wedding.. ada jugak beberapa butik call suruh cover-up diorangnya pengantin. tapi aku tolak sebab aku tekad dengan keputusan aku. aku taknak amik job yang emergency (betul ke eja nih). Sebabnya nanti masa buat kerja rasa terkejar-kejar. tapi butik-butik nih tak paham sebenarnya. Kita berkerja menggunakan skill dan kreativiti berserta emosi.. bukan hanya setakat amik gambar.. betul tak..

Aku pun tekad untuk tahun 2010 nih aku hanya mengambil gambar untuk client yang direct jumpa aku. Tak nak masuk kat butik. Sebab diorang banyak celoteh.. haiyyaa

hmm cukup lah dulu kat sini.. nanti sambung lak.. ader koje jap.. chow dulu.. sekian

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats