Diary
Jangan Bersedih
0Terkadang tu rasa sayup dihati bila nak memikirkan A.K.U PHOTOGRAPHER terpaksa ditutup untuk memberikan jalan kepada yang lebih baru.
Rasanya sudah genap 3 tahun laman ini diwujudkan. bermula dari laman hosting dibawah wordpress.org, kemudian mendapatkan hosting berbayar sendiri (www.adukakiasutama.com). Dari bermula dengan My Graphic’s Gallery sehinggalah kepada penjenamaan A.K.U PHOTOGRAPHER. Kini mengorak langkah yang lebih mencabar secara berpasukan dibawah Captivated Crew Photography (www.captivatedcrew.com)
YAA!!!!!
Kini A.K.U PHOTOGRAPHER telah berbesar hati untuk bersama berganding bahu dengan 4 lagi rakan jurugambar dibawah Captivated Crew. Dengan wujudnya Captivated Crew, saya berharap tugasan fotografi kali ini akan lebih berjalan lancar dan dapat meningkatkan lagi kualiti service. Ini telah terbukti apabila saya telah mencuba beberapa kali bersama-sama rakan-rakan Captivated Crew untuk menjalankan beberapa aktiviti dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keserasian yang boleh dianggap kuat diantara kami semua..
Dengan ini saya mengajak anda semua untuk sama-sama melawati Captivated Crew Photography di laman http://www.captivatedcrew.com
Dengan wujudnya Captivated Crew, A.K.U PHOTOGRAPHY akan menghentikan operasinya dalam masa terdekat.
Ops terlupa pula, bagaimana dengan pelanggan A.K.U PHOTOGRAPHER?
Jangan risau, setiap pelanggan yang telah melanggan A.K.U PHOTOGRAPHER secara automatik akan mendapat khidmat daripada Captivated Crew dan lebih berkualiti lagi. dan yang masih belum melanggan dan akan melanggan, sila lah terus kepada Captivated Crew
Let Visit Us @ Captivated Crew
A.K.U bercerita lagi
0Sudah terlalu lama tak update blog.. sebelum nih banyak buat aktiviti-aktiviti luar yang lain.. huhuhu.. sampai tak sempat nak masukkan cerita baru kat dalam blog…
Sebenarnya takde buat apa pun.. cuma sibuk menyiapkan laman blog baru untuk Reyokiwara Team. Pastu setiap hujung minggu lak tak habis2 dengan silat huhu… Sabtu tranning kat upsi, petang kat bukit slim, malam kat bidor.. ahad lak kena mengajar pagi kat SMK(F)Besout..

Kadang-kadang lak sibuk pergi jumpa kawan-kawan lama. nak carik balik kawan-kawan sebab nanti nak jemput masa kenduri nanti hahaha.. dah nak kawen dah aku rupenyer.. Alhamdulillah. Tak terfikir pulak gadis yang aku cari-cari selama nih ada depan mata je rupenya.. hahaha inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kadang-kadang yang kita fikirkan baik sebenarnya adalah buruk buat kita, tapi kadang-kadang yang kita fikirkan tak baik sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita..
Dari awal tahun 2010 sampai hari ini, aku tak amik pun mane2 job wedding.. ada jugak beberapa butik call suruh cover-up diorangnya pengantin. tapi aku tolak sebab aku tekad dengan keputusan aku. aku taknak amik job yang emergency (betul ke eja nih). Sebabnya nanti masa buat kerja rasa terkejar-kejar. tapi butik-butik nih tak paham sebenarnya. Kita berkerja menggunakan skill dan kreativiti berserta emosi.. bukan hanya setakat amik gambar.. betul tak..
Aku pun tekad untuk tahun 2010 nih aku hanya mengambil gambar untuk client yang direct jumpa aku. Tak nak masuk kat butik. Sebab diorang banyak celoteh.. haiyyaa
hmm cukup lah dulu kat sini.. nanti sambung lak.. ader koje jap.. chow dulu.. sekian
Aduhai
1
Hmmmmmmmmmmmmm…… berlalu sudah bulan paling sibuk setiap tahun.. bulan disember..
Masa cuti sekolah tetap jugak kena kerja yang pernuh dan padat walaupun diri ini kerja di sekolah sebagai juruteknik komputer jerkk…
bukan sibuk ape.. sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, sambil buat aktiviti-aktiviti dengan geng-geng juruteknik dan jugak g amik gambar sana sini huhuhu..
alhamdulillah dapat sudah masa untuk merehatkan badan walaupun sekejap je.. huhu
sekian…
Saje je mencuba
1
Tengah dok boring-boring kat tempat keja tanpa ada benda nak buat, aku pun edit-edit le sedikit gambar.. hehe saja je try dua tiga mode gambar. Dah siap gambar tu aku tak tau lak nak buat ape so aku pun post la kat dalam ni.. haha layaannnn…!!!
Semua gambar kat atas ni diambil pada hari ahad lepas ketika pergi beraya kat rumah Cikgu Norazman.. lain-lain gambar time raya tu bleh tgk kat REYOKIWARA












