Aktiviti

Jangan Bersedih

0

Terkadang tu rasa sayup dihati bila nak memikirkan A.K.U PHOTOGRAPHER terpaksa ditutup untuk memberikan jalan kepada yang lebih baru.

Rasanya sudah genap 3 tahun laman ini diwujudkan. bermula dari laman hosting dibawah wordpress.org, kemudian mendapatkan hosting berbayar sendiri (www.adukakiasutama.com). Dari bermula dengan My Graphic’s Gallery sehinggalah kepada penjenamaan A.K.U PHOTOGRAPHER. Kini mengorak langkah yang lebih mencabar secara berpasukan dibawah Captivated Crew Photography (www.captivatedcrew.com)

YAA!!!!!

Kini A.K.U PHOTOGRAPHER telah berbesar hati untuk bersama berganding bahu dengan 4 lagi rakan jurugambar dibawah Captivated Crew. Dengan wujudnya Captivated Crew, saya berharap tugasan fotografi kali ini akan lebih berjalan lancar dan dapat meningkatkan lagi kualiti service. Ini telah terbukti apabila saya telah mencuba beberapa kali bersama-sama rakan-rakan Captivated Crew untuk menjalankan beberapa aktiviti dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keserasian yang boleh dianggap kuat diantara kami semua..

Dengan ini saya mengajak anda semua untuk sama-sama melawati Captivated Crew Photography di laman http://www.captivatedcrew.com

Dengan wujudnya Captivated Crew, A.K.U PHOTOGRAPHY akan menghentikan operasinya dalam masa terdekat.

Ops terlupa pula, bagaimana dengan pelanggan A.K.U PHOTOGRAPHER?

Jangan risau, setiap pelanggan yang telah melanggan A.K.U PHOTOGRAPHER secara automatik akan mendapat khidmat daripada Captivated Crew dan lebih berkualiti lagi. dan yang masih belum melanggan dan akan melanggan, sila lah terus kepada Captivated Crew

Let Visit Us @ Captivated Crew

Outing – Street Portrait

2

Outing kali ini berkonsepkan street portrait, bertarikh 23 januari, aktiviti outing ini dijalankan dibawah Geng Fotografi Batang Padang (GFBP), dimana kami semua telah sepakat untuk membuat sesi fotoshoot di pekan Tanjong Malim.. Hahaha sesuatu yang mencabar bagi yang terlibat kerana perlu mengasah mata memandang sekeliling untuk mecari sesuatu yang menarik untuk dimuatkan didalam hasil gambar.

Outing kali ini telah melibatkan seramai 18 orang peserta dan 2 model. Bermula dari pagi sehingga tengah hari sesi menangkap gambar dijalankan didalam dua kumpulan dimana kumpulan 1 diketuai oleh Cikgu Zul daripada KKB dan kumpulan 2 diketuai oleh saya sendiri. Tapi sayangnya outing kali ini kami semua tidak sempat untuk mengambil gambar berkumpulan huhuhuhu..

Apa-apa pun outing kali ini menarik dan secara jujurnya ia membuka mata jurugambar-jurugambar yang datang pada hari tersebut untuk lebih membuka mata dan sentiasa berfikiran lebih kreatif untuk mendapatkan hasil yang BOOM

Terima kasih kepada semua yang terlibat

Outing Portrait – Lata Kinjang

4


Alhamdulillah satu lagi outing berkonsepkan portrait berjaya dijalankan dibawah A.K.U PHOTOGRAPHER dengan kerja sama daripada rakan karib, Lensa Biru. Outing kali ini berkonsepkan Ayu Wanita Melayu huhu.. Tengok-tengok lah modelnyer ayu tak???

Model yang terlibat adalah Atul dan Finas, bagus diorg nih bagi komitment yang baik walaupun baru pertama kali jadi model.. biasalah dah kaki fotogenik hahaha. Dan yang paling bagusnya, mak si Finas sanggup datang untuk hantar Finaz dan Atul untuk sesi outing nih…

Kali ini seramai 8 orang jurugambar yang hadir untuk sama-sama berkongsi idea dan ilmu.. yang paling beshnya otai pun turun jugak.. tak sangka-sangka langsung..

Insyaallah next time A.K.U PHOTOGRAPHER akan membuat lagi outing untuk memberi peluang kepada semua rakan-rakan mengambil gambar dan berkongsi ilmu fotografi yang ada..

Terima Kasih kepada semua yang terlibat

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open this post in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

Pencarian Model Outing Portrait – Telah Ditutup

36

Update – Pencarian Model Telah ditutup

Salam kepada semua visitor blog A.K.U PHOTOGRAPHER.

Pertama kalinya A.K.U PHOTOGRAPHER membuka peluang kepada semua visitor terutamanya kepada rakan2 bloger yang ingin mencuba bakat sebagai model photoshoot portrait. Apa yang diperlukan ialah

  1. Boleh mengikut arahan
  2. Tak kekok untuk possing depan kamera
  3. happy go lucky
  4. Tak kisah klu takde pengalaman
  5. berbakat
  6. Diutamakan mereka yang menetap berhampiran diantara Tanjong Malim – Ipoh

Jom kita bergambar sakan dengan style2 yang besh2. Photoshoot akan diadakan di tempat-tempat bersesuaian diantara Tanjong Malim hingga Ipoh, Perak. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya di talian 012-3404661 / 013-3053598 atau email aduka_kias_utama@yahoo.com.my

Update – Pencarian Model Telah ditutup

** Terima Kasih kepada semua yang menghubungi saya untuk menawarkan diri menjadi Model Outing. Yang mana telah saya hubungi akan saya follow up kemudian untuk setiap aktiviti outing yang akan dijalankan dari semasa ke samasa.

RM50 : Peraduan teka Gambar

0

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat malaysia dan semua lapisan masyarakat. Peraduan ni mudah je, korang akan diberi satu potongan gambar dan korang cuma perlu meneka gambar tersebut. Bagi yang dapat menjawab dengan betul, RM50 adalah milik korang… Hanya sekadar suka-suka untuk semua.

Terma & Syarat

  1. Korang perlu tekan butang “LIKE” pada Page FB A.K.U PHOTOGRAPHER
  2. Isikan maklumat korang kat borang di bawah berserta jawapan
  3. Tekan butang “Hantar Jawapan”
  4. Hadiah akan diberikan kepada yang telah meneka dengan betul dan telah menekan butang LIKE di Page FB A.K.U PHOTOGRAPHER
  5. Peneka jawapan yang betul akan diberitahu melalui email dan nama akan dipaparkan di dalam blog berserta jawapan.
  6. Admin tidak bertanggung jawab pada sebarang jawapan yang tidak sampai atau tidak berjaya dihantar
  7. Peraduan ini tiada berkaitan dengan mana2 agensi atau syarikat. Ianya adalah milik perseorangan dan pemilik blog ini.
  8. Tempoh peraduan adalah sehingga ada yang dapat meneka dengan tepat gambar yang diberikan.
  9. Keputusan pemenang adalah muktamat.

Pembayang = PANJANG & PENDEK

PERADUAN TELAH DITUTUP KERANA JAWAPAN YANG BETUL TELAH DIBERIKAN

klik sini untuk jawapan

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats