The Best Moment's Through My Lens!!
Bengkel Express Photographer bersama Paksu (Photo Impian)
Hari Sabtu minggu lepas, 3 Jul 2010. Saje je pergi join sekali bengkel anjuran Photo Impian yang di buat oleh Paksu di PICC, Putrajaya… hahaha best jugak dah lama tak pergi bengkel foto macam nih. Walaupun saya dah beberapa kali menghadiri bengkel asas, tapi apa salahnya kan kalau kita turun sekali memeriahkan disamping berkongsi-kongsi ilmu sesama peserta, dan saya juga dapat bermacam-macam ilmu baru. Bagi yang masih baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi, bengkel macam ni memang sesuai.
Dalam bengkel tu peserta diterangkan mengenai asas fotografi daripada shutter, appature, framing, ISO, komposisi, pencahayaan, jenis lens, sunny 16 guide dan macam-macam lagi. Dan dalam bengkel tu jugak semua peserta mendapat Note Card yang mana terdapat nota ringkas tentang fotografi.
Thank to Paksu sebab anjurkan bengkel tersebut.. bagus untuk kawan-kawan yang masih baru yang nak mengenali cara mengendalikan gear masing-masing.
| Print article | This entry was posted by aduka kias utama on July 6, 2010 at 1:12 pm, and is filed under Aktiviti. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |



















