aduka kias utama
This user hasn't shared any profile information
Home page: http://www.adukakiasutama.com
Posts by aduka kias utama
PHOTOSHOP : STOP!!!.. Jangan buang dulu gambar anda yang salah capture
5Dalam teknologi digital sekarang ini, mudah untuk kita mengambil gambar-gambar yang cantik. tetapi kadang-kala kita mengambil gambar yang mempunyai hasil lari daripada ketepatan asas fotografi. contohnya gambar yang under expose, over expose, unsharp, motion blur, out of focus, over noise dan lain-lain lagi.
Oleh kerana kita sekarang menggunakan tekmologi digital, selalunyalah kita akan padam terus gambar tersebut melalui kamera tidak kiralah menggunakan kamera kompak atau pun DSLR. Tapi kali selepas ini apa kata korang tak payah padam di dalam kamera kerana tanpa kita ketahui kadang-kala gambar-gambar yang sebeginilah yang lebih berkualiti. Jadi biarkanlah dulu gambar tersebut di dalam kamera dan setelah dipindahkan ke komputer barulah pilih gambar-gambar yang boleh digunakan untuk proses editing supaya gambar yang dianggap rosak tadi boleh digunakan semula.
Semestinya semua tahu kamera lomo bukan.. apa itu kamera lomo??? tak perlulah saya terangkan kerana korang cuma perlu baca sahaja diruangan wikipedia. Klik sini
Tapi adakah kita perlukan kamera lomo untuk menghasilkan gambar berbentuk lomo. Eeemmmm teknologi semakin berkembang. Kita tiada kamera lomo untuk menjadi lomografi, tetapi kita ada photoshop bukan untuk menjadi lomografik.
Mari kita lihat macam mana daripada gambar yang dianggap rosak tadi bertukar menjadi gambar bernilai
dibawah ni contoh gambar yang dianggap dah rosak dan tersimpang dari ciri-ciri fotografi

Jadi bagaimana nak jadikan gambar seperti ini bernilai kembali???
Bengkel Express Photographer bersama Paksu (Photo Impian)
0Hari Sabtu minggu lepas, 3 Jul 2010. Saje je pergi join sekali bengkel anjuran Photo Impian yang di buat oleh Paksu di PICC, Putrajaya… hahaha best jugak dah lama tak pergi bengkel foto macam nih. Walaupun saya dah beberapa kali menghadiri bengkel asas, tapi apa salahnya kan kalau kita turun sekali memeriahkan disamping berkongsi-kongsi ilmu sesama peserta, dan saya juga dapat bermacam-macam ilmu baru. Bagi yang masih baru nak berjinak-jinak dengan dunia fotografi, bengkel macam ni memang sesuai.
Dalam bengkel tu peserta diterangkan mengenai asas fotografi daripada shutter, appature, framing, ISO, komposisi, pencahayaan, jenis lens, sunny 16 guide dan macam-macam lagi. Dan dalam bengkel tu jugak semua peserta mendapat Note Card yang mana terdapat nota ringkas tentang fotografi.
Thank to Paksu sebab anjurkan bengkel tersebut.. bagus untuk kawan-kawan yang masih baru yang nak mengenali cara mengendalikan gear masing-masing.
(more…)


















