aduka kias utama

aduka kias utama

This user hasn't shared any profile information

Home page: http://www.adukakiasutama.com

Posts by aduka kias utama

PROMOSI DVD : Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan

0

Terima Kasih Kepada Cikgu Adhadi (http://adhadimohd.com/) kerana telah mengeluarkan satu produk yang cukup-cukup berguna kepada semua perekabentuk custom album di seluruh malaysia. produk ini tak lain tak bukan adalah

DVD : Kursus Rekabentuk Album Perkahwinan

Didalam DVD ini mengajar bagaimana mereka bentuk Custom Album dengan susunan dan hasil yang cukup cantik berserta kreativiti-kreativiti yang boleh digunakan serta menambahkan lagi gaya rekabentuk album. Jadi tidak rugi jika perekabentuk Album Perkahwinan mendapatkan DVD Tutorial ini.

Promosi Sehingga 12 September 2010 sahaja termasuk penghantaran

Harga

Semenanjung : RM129.00
Sabah/sarawak : RM139.00

Harga Runcit Biasa (Selepas Promosi) : RM249.00

Tempoh Penghantaran : 3 hari hingga 2 minggu. Bergantung Stock!

Isi kandungan :
Episod 1 : Proses Pemilihan dan Rating
Episod 2 : Suntingan Asas
Episod 3 : Membina Canvas
Episod 4 : Menambah Guide dan Ruler
Episod 5 : Import Gambar & Smart Object
Episod 6 : Proses Menyusun Gambar, Resizing dan Alignment
Episod 7 : Penyimpanan PSD dan JPEG untuk cetakan
Episod 8 : Membina Collage Composite 1
Episod 9 : Menambah Bingkai
Episod 10 : Menambah Drop Shadow
Episod 11 : Suntingan Layer, Black & White Dan Sepia
Episod 12 : Menambah teks dan fungsi Opacity
Episod 13 : Membina Collage Composite 2
Episod 14 : Membina Collage Composite 3
Episod 14 : Membina Collage Composite 4
Episod 15 : Rahsia Penyuntingan Potret
Episod 16 : Penyuntingan Untuk Fokus Dan Depth Of Field
Episod 17 : Penyuntingan Warna & Sharpening

Isi Kandungan DVD
3.0GB video
700mb textures
Kerawang
Adhadi Mohd Photoshop Actions Pack

Kaedah pembelian

lakukan pembayaran kepada akaun :
MAYBANK – 162366938430
CIMB AKAUN – 12200000598200
Diatas penama : Nurhaiza zain


Sila email haizazain@gmail.com dengan SUBJEK : KURSUS BINA CUSTOM ALBUM,
selepas pembayaran dibuat, bersama bukti pembayaran. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan boleh email : adhadi@gmail.com atau telefon 012 3076857 (Cikgu Adhadi Mohd)

Testimoni daripada A.K.U PHOTOGRAPHER sendiri

Terima kasih kepada Cikgu Adhadi kerana telah memberikan sesuatu ilmu yang sangat berguna dimana daripada DVD Kursus ini telah menambahkan lagi skill dan juga pengetahuan saya didalam proses membina custom album perkahwinan supaya album tersebut nampak lebih menarik dan berkualiti.

Segala yang diajarkan didalam DVD Kursus ini juga adalah dalam bentuk video dan juga mudah untuk difahami kerana menggunakan bahasa pengantar yang mudah dan tutorial yang ringkas serta hasil yang cukup-cukup menawan

Tidak rugi jika perekabentuk album di luar sana tidak kita siapa anda, tempahlah sekarang.


(more…)

Promosi Hebat – Tempahan telah dibuka

4

Tahun 2010 merupakan tahun bertuah bagi Aduka Kias Utama (founder A.K.U PHOTOGRAPHER). Ini kerana tahun 2010 merupakan tahun dimana Aduka Kias Utama juga akan mendirikan rumah tangga (waaahh dan besar dah rupernyer) bersama insan tersayangnya.

Jadi untuk bersama-sama dengan bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun 2010 dan pembukaan awal tahun 2011. A.K.U Photographer menawarkan PAKEJ PROMOSI dengan harga yang MAMPU dimiliki oleh semua.

PROMOSI HEBAT HUJUNG & AWAL TAHUN 2010 ~ 2011

Jadi jangan tunggu lagi. Marilah bersama-sama Aduka Kias Utama

membina keluarga yang harmoni dan bahagia.

TEMPAHAN TELAH DIBUKA DAN LAKUKAN

LANGKAH PERTAMA ANDA DENGAN MENGAMBIL

A.K.U PHOTOGRAPHER SEBAGAI JURUGAMBAR RASMI

MAJLIS RAJA SEHARI ANDA

…………………

(more…)

Hire Iklan Di Kahwin Mall

2

Telah lama merancang nak buat iklan pada web-web lain. Baru-baru ini telah hire KahwinMall.com sebagai salah satu lokasi pengiklanan digital bagi produk perkhidmatan A.K.U PHOTOGRAPHER. Insyaallah pada masa akan datang, akan lebih banyak iklan-iklan perkhidmatan yang ditawarkan oleh A.K.U PHOTOGRAPHER di web-web lain.

Rancangan pada masa depan?

Pada masa sekarang, A.K.U PHOTOGRAPHER dijalankan secara separuh masa dimana berkerja secara freelancer. InsyaAllah pada masa hadapan A.K.U PHOTOGRAPHER akan dijalankan secara sepenuh masa untuk lebih memberi tumpuan kepada pelanggan-pelanggan.

Terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan, rakan-rakan dan keluarga yang memberi galakan serta sokongan kepada A.K.U PHOTOGRAPHER
(more…)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

0

Alhamdulillah setelah sekian lama kita dijajah, bermulanya dari Portugis, Belanda, British, Jepun, Kominis, akhirnya atas semangat juang dan perpaduan yang ditonjolkan akhirnya Tanah Melayu telah menyingkap sejarah dunia dengan kemerdekaan paling aman di dunia tanpa sebarang pertumpahan darah.

Kemerdekaan yang diberikan oleh pihak British terhadap Tanah Melayu telah memberikan cita-cita seluruh rakyat Tanah Melayu menjadi kenyataan.

Dan selepas beberapa hari selepas diumumkan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan dimana laungan “MERDEKA” telah bergema dihadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain

Tetapi kini, berapa ramaikan anak-anak muda yang mendalami dan menghayati Kemerdekaan yang telah kita kecapi sekarang. Bagaimana kita perlu berada pada merdeka yang sepatutnya dan bagaimana pula kemerdekaan itu perlu dikekalkan dan sehingga mana pula kita akan merdeka?

Merdeka bukanlah sahaja terletak pada laungan tanggal 12 malam 31 ogos. Lihat sahaja pada malam merdeka, berapa ramai anak-anak muda yang melaungkan kata “MERDEKA” tetapi secara tersiratnya mereka sebenarnya belum merdeka.

Kemerdekaan juga bukanlah hanya kerana kita dapat memerintah semula negara yang kita cintai. Ini adalah secara umumnya. Bagaimana pula secara khususnya?

Kemerdekaan perlulah terlibat secara material dan spiritual seperti mana yang telah dibawakan dan di beri contoh oleh Penghulu segala Manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Hilang salah satu daripadanya maka cacatlah apa itu merdeka. Merdeka juga perlu ada dalam diri sendiri yang mana setiap insan itu perlu tahu erti sebuah kemerdekaan.

NEGARAKU TELAH MERDEKA, MERDEKAKAH DIRI KITA???

Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .

Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.

Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.

Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci ( Surah Al-Saff ayat : 9 )

Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. ( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .

dipetik dari

http://bdmkist.blogspot.com/2009/08/rejuvenasi-perjuangan-mahasiswa-di-hari.html

(more…)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

0

Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan dan saudara mara sekalian juga kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga kehadiran ramadhan pada kali ini membawakan kita seribu erti juga keinsafan dalam diri kita agar lebih memantapkan iman.

(more…)

aduka kias utama's RSS Feed
Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats