Archive for April, 2010

Tips Mendapatkan Jurugambar Perkahwinan

0

Pada masa kini, sesuatu majlis perkahwinan bagaikan tidak sah tanpa mendapatkan khidmat jurugambar untuk pasangan pengantin mengabadikan memori terindah sepanjang hayat mereka.

Tetapi bagaimana mendapatkan khidmat jurugambar yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa pengantin?

Mari kita lihat apa yang perlu pengantin lakukan untuk mendapatkan jurugambar dan hasil yang baik.

  1. Buat rujukan yang secukupnya tentang gambar-gambar perkahwinan di internet dan majalah-majalah, dan dapatkan contoh-contoh gambar yang anda idamkan. Ini akan membantu anda dan jurugambar untuk mendapatkan hasil yang anda mahukan.
  2. Lihat contoh-contoh pakej yang disediakan oleh jurugambar-jurugambar dan buat perbandingan mengenai pakej yang ditawarkan. Pada masa kini, kebanyakan jurugambar telah mempunyai web atau blog sendiri. Jadi selalunya jurugambar akan meletakkan pakej-pakej yang mereka tawarkan.
  3. Lihat juga portfolio yang jurugambar paparkan di laman web mereka untuk memudahkan anda memilih. dan kemudia buatlah short list jurugambar yang anda inginkan.
  4. Hubungi jurugambar yang telah anda shortlist melalui telefon. Telefon adalah lebih baik dari email kerana kadang kala jurugambar ini 3 hari sekali baru check email.
  5. Tanya kepada jurugambar mengenai pakej dan buat janji temu untuk melihat album-album contoh yang jurugambar ada.
  6. Pastikan pakej yang disediakan mengikut budget anda. Tidak semestinya pakej yang murah kualitinya rendah dan begitu juga sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana pengantin menilai hasil kerja seseorang jurugambar.
  7. Jangan lupa untuk bertanya mengenai availability pada tarikh majlis anda. Pastikan pada tarikh itu jurugambar benar-benar free dan tidak ada tugasan lain. Jika tidak mereka akan terkejar-kejar dan kemungkinan kepenatan menganggu prestasi kerja mereka.
  8. Selepas anda yakin dan berpuas hati dengan pakej yang ditawarkan serta harga. Jangan lupa bertanya tatacara pembayaran. Walaupun harga yang ditawarkan kadang-kala agak mahal, tetapi sebenarnya ada jurugambar yang memberikan kemudahan membayar secara ansuran untuk memudahkan pengantin.
  9. Pastikan anda memberi penerangan secara terperinci tentang majlis anda nanti supaya jurugambar dapat membuat persediaan yang terbaik. Contohnya penerangan mengenai lokasi, masa, tarikh, dan aturcara majlis.
  10. Hubungi jurugambar seminggu sebelum majlis anda untuk mengingati jurugambar walaupun jurugambar mempunyai jadual kerja mereka. Ini adalah untuk memudahkan anda dan jurugambar anda membuat persediaan yang sepatutnya untuk majlis anda nanti.

(more…)

Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda

0

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Sudah menjadi kemestian ketika ini, setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan perkhidmatan jurugambar untuk merakam detik-detik manis hari bahagia pasangan mempelai. Biasanya, jurugambar profesional akan diupah bagi melaksanakan tugas penting ini. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Persoalannya, apakah yang anda perlu lakukan untuk mendapat hasil yang setimpal dengan wang yang telah anda belanjakan?

Pertama sekali, anda perlu memilih jurugambar yang terbaik berdasarkan bajet dan citarasa anda. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda benar-benar faham tentang apa yang bakal anda perolehi.Nyatakan kehendak anda kepada jurugambar dan pastikan beliau menulis apa yang telah dipersetujui bersama. Perbincangan awal ini amat penting kerana ianya akan memberi kesan kepada seluruh proses selepas ini.

Baiklah, sekarang anda telah mendapatkan jurugambar yang terbaik pilihan anda. Beliau semestinya seorang yang profesional dan anda yakin akan kebolehannya. Jurugambar anda sepatutnya tahu apakah tugas-tugas beliau. Tetapi, dengan sedikit peranan dari pihak anda sendiri, anda boleh memaksimumkan peranan jurugambar anda.

Sepanjang pengalaman saya sebagai jurugambar perkahwinan, saya mengakui sehandal mana pun seseorang jurugambar itu, beliau tidak akan dapat menghasilkan gambar yang hebat tanpa adanya beberapa faktor penting yang lain.

Contohnya, cuba bayangkan bagaimana agaknya hasil gambar yang dirakam sekiranya sepanjang majlis perkahwinan, pengantin perempuan kelihatan kelam kabut dan bermasam muka?

Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda. Beri ruang masa yang selesa untuk setiap acara. Dapatkan tenaga kerja yang mencukupi bagi menguruskan majlis anda dari peranan kecil hinggalah yang besar. Lebih baik lagi jika anda boleh melantik seorang pembantu untuk berurusan dengan jurugambar. Maklumkan dengan terperinci tentang aturcara majlis kepada jurugambar anda. Dengan ini, majlis anda akan berjalan lancar dan gambar majlis anda akan dapat dirakam dengan sempurna.

Pasangan pengantin perlu mendapat rehat yang cukup sebelum majlis perkahwinan. Serahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan kepada orang yang anda percayai. Anda cuma ada satu peranan penting pada majlis perkahwinan anda, iaitu – bergembira!

Masa terbaik untuk merakam gambar potret adalah sejurus selepas pengantin siap dimekap. Anda perlu mengatur masa supaya jurugambar sempat merakam gambar potret anda sebelum sesuatu acara bermula.

Biasanya, untuk acara resepsi di hotel, pasangan pengantin akan kesuntukan masa untuk merakam gambar potret kerana akan digesa turun ke dewan. Alasan yang akan diberi ialah, “tetamu kehormat sedang menunggu” atau “lepas bersanding nanti kita bergambar”.

Tetapi, sebagai jurugambar yang menjalankan tugas, saya akan menjelaskan, “harap tetamu kehormat boleh menunggu 5 minit kerana anda raja sehari perlu bergambar untuk kenangan seumur hidup, dan jika gambar potret anda dirakam selepas tamat majlis, anda akan kelihatan letih dan sudah hilang seri.” Sayang sekali jika saat penting dan ceria ini tidak dapat dirakam. Matlamat jurugambar hanyalah untuk menghasilkan gambar yang terbaik untuk anda.

Ada pengantin yang kekok apabila berhadapan dengan kamera. Anda boleh jadikan diri anda lebih cantik di dalam gambar dengan sedikit latihan. Lihat wajah anda di dalam cermin dan berlatihlah untuk senyum.

Senyum yang bagaimanakah akan membuatkan anda kelihatan lebih cantik. Bayangkan diri anda adalah seorang model. Dapatkan ekspresi wajah yang pelbagai untuk anda lakukan ketika bergambar nanti. Anda juga perlu berlatih untuk ‘posing’. Rujuk majalah untuk mendapat idea. Namun, yang paling penting sekali, anda hendaklah menjadi diri anda sendiri dan berasa selesa dengan penampilan anda.

Setelah majlis anda selesai, biasanya jurugambar akan mengambil masa di antara satu hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Ini termasuklah proses suntingan, cetakan, penyusunan dalam album dan sebagainya. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti yang baik. Oleh itu, janganlah menggesa supaya gambar anda disiapkan lebih cepat dari masa yang dijanjikankerana ianya akan memberi kesan kepada kualiti gambar anda.

Sumber: www.adan.biz

(more…)

Sembah Silat @ Kenduri Kawen

0

Kita cukup senonim bila adat masyarakat melayu. Majlis kenduri kahwin kadang-kala dibawakan sekali dengan persembahan Silat untuk menyerikan lagi majlis untuk tatapan Raja Sehari serta tetamu yang hadir.

Seperti kebiasaan bila persembahan silat, kita akan disajikan dengan persembahan tarian bunga silat yang lembut dan penuh makna-makna tersirat. bergerak lenggang lenggok ikut irama. Dan penuh tertib serta menonjolkan kesopanan Melayu.. Tak juga ketinggalan kita akan dipersembahkan juga dengan silat pulut, dimana memaparkan persembahan dua orang pesilat yang akan bertari, bermain bunga dan juga menampilkan beberapa buah kunci dah buka kunci yang ringkas dan cantik.

Kadang-kadang juga pesilat di minta untuk menjadi pengiring kedua mempelai.. waaahhh ber-body guard ye pengantin. dah macam masuk ke perkarangan istana. Biasalah Raja Sehari katakan.

Selalunya pesilat-pesilat yang membuat persembahan akan merancang terlebih dahulu apa yang patut dilakukan ketika majlis tersebut. Persembahan-persembahan yang akan ditunjukkan juga perlu dibincangkan dengan tuan rumah supaya persembahan menjadi lebih menarik. Ini sebabnya ada terdapat persembahan silat yang menampilkan permainan yang agak laju dan ganaz, ada yang bermain bunga sahaja, ada persembahan silat pulut, ada persembahan berbentuk jenaka dan bermacam-macam lagi mengikut kreativiti pesilat tersebut.

Memang cantik persembahan yang ditonjolkan tambahan pula jika yang mempersembahkan datangnya daripada orang pandai silat, yang berpengalaman jauh dalam persilatan. Ini kerana setiap langkah dan gerak menampilkan maksud-maksud yang unik dan jika diteliti, indah perkhabaran yang dibawa kan pesilat. Dan selalunya bertujuan meraikan pengantin.

Dengan adanya silat-silat di kenduri perkahwinan sebegini, ia juga menunjukkan masih lagi ramai yang meminati persilatan dan masih lagi mengagung agungkan silat sebagai satu budaya yang cukup unik.

(more…)

[Pertunangan] Shahada & Irman

0

Majlis Pertunangan
Pasangan : Shahada & Irman
Lokasi : Rumah Awam III, Bidor
Tarikh : 10 April 2010

Huhu lambat sikit upload dalam blog. Bakal pengantin ni sebenarnya adalah kakak kepada bekas pelanggan yang lepas iaitu Fendi & Ila. Insyaallah bakal pengantin ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan mei ini. Semoga pasangan ini bahagia dan sentiasa ceria selalu.

Seronok bekerjasama dengan keluarga diorang nih. Semuanya bersikap happy go lucky. Hmm ok lah. jom lihat galeri gambar majlis pertunangan pasangan ini.. layaaannnnn

This SimpleViewer gallery requires Macromedia Flash. Please open this post in your browser or get Macromedia Flash here.
This is a WPSimpleViewerGallery

(more…)

Mahalnyer Pakej Jurugambar Kawen!!!

0

Mungkin ramai bakal-bakal pengantin yang mahukan kenangan terindah mereka diabadikan akan berkata seperti tajuk tu… betul tak???

Mahal ke upah jurugambar perkahwinan???

Semua bakal-bakal pengantin mahukan hari terindah mereka berseri-seri dan meriah. Diraikan oleh semua sanak saudara dan rakan-rakan. dan pengantin akan merangka perbelanjaan mereka untuk menjadikan majlis mereka meriah tak terkata. Bakal pengantin akan memilih butik-butik yang memenuhi citarasa mereka dari pelamin, baju, solekan, hiasan bilik sehinggalah hiasan meja makan pengantin. Begitu juga dengan katering dari khemahnya, hiasan khemah, masakannya hinggalah ke lauk-lauk yang bakal pengantin jamah.. waa meriah sungguh meraikan Raja Sehari.

Bakal-bakal pengantin akan mengeluarkan belanja mereka untuk semua itu yang mana semua perbelanjaan tersebut hanya diguna pakai dalan sehari sahaja.. Berapa habis?? hmm betul atau tidak dah habis sehingga RM5000++ malah lebih lagi

Tapi alangkah sedihnya jika tidak diabadikan semua kenangan indah tersebut untuk menjadi tatapan dimasa hadapan. melihat album-album memori indah yang cukup berseri-seri memang mengundangkan senyuman. Tambahan pula bila sanak saudara melihat album-album perkahwinan yang cukup-cukup menarik.

Maka untuk mendapatkan album yang indah-indah tersebut bakal pengantin mula mencari jurugambar yang akan mengabadikan kenangan mereka. Mulalah mencari-cari jurugambar yang memenuhi citarasa mereka. Alhamdulillah jumpa, dan bertanyalah akan harga upah jurugambar.. “Mak aih, mahalnyer jurugambar ni, cuma gambar je dah mahal macam ni”

Ahhha itulah yang kadang-kadang ramai pengantin yang tidak tahu, kami sebagai jurugambar bukan sahaja mengambil gambar, kami bermain dengan seni cahaya. bermain dengan skill dan teknik juga dengan kreativiti yang selalunya kena perah dan sentiasa perlukan penambahbaikkan setiap masa. Bakal pengantin cuma perlu mengupah pada kadar yang berpatutan. Mahalkah hanya bermula dari pakej RM1200 sehinggakan ada yang mencecah RM3000 atau lebih. Ini juga bergantung kepada jurugambar tersebut.

Selepas habis ambil gambar ketika majlis, jurugambar akan menyambung pula kerja di rumah atau pejabat. Memilih gambar-gambar yang terbaik dan cantik yang kadang kala mengambil masa 2 hingga 3 hari. Disusuli pula dengan proses editing, mereka bentuk Album sehingga menjadi cantik mengambil pula masa ke beberapa hari hanya untuk proses editing dan design. kemudian proses printing, terpaksalah jurugambar pergi kedai printing album dan akhirnya terjadilah album yang indah.

Dan seterusnya menghantar album kepada pengantin maka terloponglah pengantin.. “Wow,, cantiknya hasil sentuhan awak”. Dan album tersebut menjadi kenangan abadi mereka seumur hidup..

Ya.. Seumur hidup mereka akan menggunakan memori indah mereka untuk ditatap dan dikenang. Berbaloi atau tidak jika hendak dibandingkan dengan upah pelamin, make-up dan lain-lain yang hanya untuk sehari??? Sedangkan kami sebagai jurugambar mengabadikan segala yang indah sebagai memori anda seumur hidup…

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats