Archive for March, 2010

Promosi Istimewa kepada Bakal Pengantin

0

Khas untuk semua bakal pengantin yang ingin mengabadikan kenangan indah. A.K.U photographer kini membawakan pakej khidmat jurugambar perkahwinan khas untuk bakal pengantin didalam tahun 2010.

Setelah beberapa bulan mendiamkan diri daripada majlis perkahwinan, kini A.K.U Photographer membawakan sesuatu yang unik untuk dipilih oleh anda sebagai bakal pengantin. Bermula April 2010, pakej terbaru boleh dipilih oleh bakal-bakal pengantin dengan beberapa pakej terbaru seperti Pakej Exclusive, Pakej Premium, Pakej Classical A dan Pakej Classical B.

Untuk tujuan promosi ini, kami berikan kepada anda khidmat percuma untuk sesi fotografi outdoor untuk lebih menyerikan memori indah anda untuk dikongsi bersama-sama. selain itu juga kami berikan potongan diskaun 10% sehingga 20% untuk 50 bakal pengantin yang terawal bermula daripada 1 April ini.

Kami menjamin, segala khidmat yang diberikan berpatutan dengan apa yang anda inginkan dan anda bayar. Anda boleh melihat pakej-pakej yang disediakan di SERVICE PACKAGE.

Tempah segera khidmat jurugambar perkahwinan anda dan anda layak mendapat diskaun potongan bermula dari 10% sehingga 20% mengikut pakej yang anda tempah..

(more…)

E-BOOK Panduan Tentukan Harga Pakej Fotografi Perkahwinan

0

Minggu lepas saya dok kemas-kemas meja kerja saya… tengah dok kemas-kemas saya terjumpa nota seminar yang mana seminar tersebut telah saya hadiri. Seminar tersebut adalah Seminar FORMULA PENGIRAAN SAIFUL NANG (rujuk di sini – Seminar Pengiraan Kos Fotografi Profesional Oleh Saiful Nang).

Selepas terjumpanya nota tersebut terfikir “bagus kiranya jika  nota tersebut dikongsikan dengan jurugambar-jurugambar lain terutamanya yang masih baru yang tidak tahu bagaimana nak menentukan harga sesuatu pakej fotografi mereka. maka dengan itu bermulalah cerita, terus saya PM Saudara Saiful Nang di Facebook beliau untuk mendapatkan kebenaran untuk menerbitkan nota tersebut dalam bentuk e-book. Dan alhamdulillah saudara Saiful Nang telah membenarkan saya menerbitkan semula nota tersebut.

Dan selepas itu, saya pun mulalah menaip semula nota tersebut tanpa mengubah isi asal nota tersebut. E-book tersebut telah di kreditkan kepada saudara Saiful Nang, terima kasih tak terhingga.

Hasil daripada e-book tersebut, saya telah membuat semula pengiraan mengikut pengiraan yang betul disamping mengubah sebahagian daripada elemen-elemen yang patut ada supaya bersesuaian dengan keadaan setempat dan masa.

sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan e-book tersebut secara percuma dengan memuat turun daripada pautan dibawah

E-Book Formula Pengiraan Pakej Fotografi Saiful Nang (FPSN)
90.0 KiB
1583 Downloads
Details...

Nota dari Saiful Nang

FPSN adalah formula biasa yang boleh dijadikan panduan kepada yang masih mencari-cari. Sebahagian sudahpun mengetahui apa yang disampaikan di sini hanyalah perkara biasa pada sesetengah pihak. Memandangkan saya melihat industi fotografi sebahagiannya tidak mengetahui tentang perkara ini, pihak penulis FPSN memberi kebenaran nota ini untuk dicetak dalam apa juga format untuk kebaikkan industri fotografi ini khususnya kepada fotografi perkahwinan.

Penulis juga tidak menyangkal kemungkinan, sebarang panduan diatas tidak praktikal pada sesetengah keadaan, tempat, masa dan suasana. Tetapi anggaplah apa yang ditulis ini hanyalah panduan dan penulis juga tidak menolak sebarang kemungkinan nota ini akan mengalami perubahan-perubahan mengikut keadaan masa pada masa akan datang.

Paling penting, harapan penulis supaya golongan jurugambar tidak lagi menjadi golongan picisan malah akan menjadi satu kerjaya kebanggaan pada masa hadapan.

Sekian

Saiful Nang

CEO / Principal Photographer

Colours of Asia Sdn.Bhd.

(Founder of CandidSyndrom International)

(more…)

Cubaan editing ala Agah Permadi & Rarinda

1

Dah lama tak buat editing banyak-banyak kat software kegemaran ramai, KedaiGambar Adobe atau nama kampungnya Adobe PhotoShop. hahaha

Sebelum ni hanya menggunakan PS 7.0 je,, pastu dapat PS CS2 pakai kejap je dapat pulak CS3, yang nih lah yang digunakan sampai sekarang.. hmm dah keluard dah pun CS4, tapi ntah macam malas nak tukar dah sebab CS3 nih rasa lebih friendly user

Minggu lepas tengah dok diam-diam ngah buntu, barulah cuba jinak-jinak balik dengan editing ni. tengok FB member ada dia edit ala-ala menggunakan ROL (Ray Of Light). Tengok editing member tu mulalah rasa tercabar.. hahaha, terus tanya dia macam mane dia buat and alhamdulillah dia bagi link untuk dapatkan tutorial tu..

Waaa tengok je tutorial tu rasa best sangat sebab cara dalam tu lebih mudah dan senang. Sebelum nih ader jugak cuba buat, tapi selalu tak jadi. Dapat je cara baru tu terus gabungkan dengan apa yang dah tahu sebelum nih.. huhu lebih nice bile tengok.. dua tiga kali mencuba dan akhirnya dapat satu yang memuaskan hati.. huhuhu.. Insyaallah akan diperbaiki lagi untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan huhu…

Semua gambar-gambar yang ada nih dah lama dah tersimpan dalam laptop. Cari-cari gambar yang sesuai pening jugak huhu… Mula-mula jumpa gambar cikgu sekolah nih.. edit tapi macam pelik je hahaha
2nd try lepas tau cara edit yang senang

pastu edit pulak guna gambar member nih masa wat outing kat Hootspring Sungai Klah. masa amik gambar nih memang niat nak edit ROL, tapi tak buat-buat jugak sampai lah minggu lepas bru teringak gambar ni. Tapi takde lah berapa jadi. letak kat FB adalah yang komen bagi pandangan yang bernas. Siap tolong ngajo lagi.. tq tq tq.. huhu
2nd try lepas tau cara edit yang senang

Dalam pada tu belek-belek lagi koleksi gambar yang ader, jumpa plak gambar yang ni. Mula tak tau camne nak edit gambar nih. Cuba lah jugak plan. huhu dan akhirnya dapat hasil macam nih.
3rd try lepas tau cara edit yang senang

Walaupun hasil tak seberapa, tapi cukup memuaskan. Cuma lepas ni kena lebih banyakkan latihan untuk dapatkan hasil yang lebih menarik dan menawan… ada masa nanti bila buat editing lagi A.K.U upload lagi dalam ni.. yesssss

(more…)

ReBranding @ Penjenamaan Semula

0

DIUMUMKAN
Sempena tahun 2010

My Graphic’s Gallery

kini ditukarkan kepada

A.K.U Photographer

___________________________________________________________________________________________________________________

Penukaran nama ini adalah kerana untuk membuat lebih kemajuan dalam bidang photographer dan juga beberapa bidang lain. Dengan lebih ketelitian untuk menambah Kualiti, diharap dengan penjenamaan semula ini, kemajuan yang diharapkan akan dicapai dengan jayanya. InsyaAllah

A.K.U PHOTOGRAPHER

(more…)

A.K.U bercerita lagi

0

Sudah terlalu lama tak update blog.. sebelum nih banyak buat aktiviti-aktiviti luar yang lain.. huhuhu.. sampai tak sempat nak masukkan cerita baru kat dalam blog…

Sebenarnya takde buat apa pun.. cuma sibuk menyiapkan laman blog baru untuk Reyokiwara Team. Pastu setiap hujung minggu lak tak habis2 dengan silat huhu… Sabtu tranning kat upsi, petang kat bukit slim, malam kat bidor.. ahad lak kena mengajar pagi kat SMK(F)Besout..

Silat @ Besout

Kadang-kadang lak sibuk pergi jumpa kawan-kawan lama. nak carik balik kawan-kawan sebab nanti nak jemput masa kenduri nanti hahaha.. dah nak kawen dah aku rupenyer.. Alhamdulillah. Tak terfikir pulak gadis yang aku cari-cari selama nih ada depan mata je rupenya.. hahaha inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kadang-kadang yang kita fikirkan baik sebenarnya adalah buruk buat kita, tapi kadang-kadang yang kita fikirkan tak baik sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita..

Dari awal tahun 2010 sampai hari ini, aku tak amik pun mane2 job wedding.. ada jugak beberapa butik call suruh cover-up diorangnya pengantin. tapi aku tolak sebab aku tekad dengan keputusan aku. aku taknak amik job yang emergency (betul ke eja nih). Sebabnya nanti masa buat kerja rasa terkejar-kejar. tapi butik-butik nih tak paham sebenarnya. Kita berkerja menggunakan skill dan kreativiti berserta emosi.. bukan hanya setakat amik gambar.. betul tak..

Aku pun tekad untuk tahun 2010 nih aku hanya mengambil gambar untuk client yang direct jumpa aku. Tak nak masuk kat butik. Sebab diorang banyak celoteh.. haiyyaa

hmm cukup lah dulu kat sini.. nanti sambung lak.. ader koje jap.. chow dulu.. sekian

(more…)

Go to Top
FireStats icon Powered by FireStats