The Best Moment's Through My Lens!!
Archive for September, 2009
AZLI & LIZA
Sep 30th
Klik disini untuk melihat Web Album

Majlis telah berlangsung pada 26 sept 2009 di Kampung Sabar Jaya Sungkai, Perak
Tahniah kepada Azli dan Liza kerana telah mendirikan sebuah rumah tangga yang indah. Semoga masjid yang didirikan kekal abadi, insyaAllah
SELAMAT PENGANTIN BARU
Klik disini untuk melihat Web Album


Walaupun pengantin penat melayan sanak saudara dan rakan taulan, mereka juga bersemangat juga untuk meneruskan sesi bergambar di luar. Setelah lama berfikir, saya memilih ke Trolak Resort untuk meneruskan sesi pengambaran sebagai bonus untuk pengantin

Terima Kasih kepada pengantin yang cukup sporting walaupun pada mulanya kekok untuk bergambar di hadapan kamera, tetapi mencuba dan memberi kerjasama yang baik. Terima kasih juga kepada keluarga pengantin perempuan kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang majlis.
Saje je mencuba
Sep 29th

Tengah dok boring-boring kat tempat keja tanpa ada benda nak buat, aku pun edit-edit le sedikit gambar.. hehe saja je try dua tiga mode gambar. Dah siap gambar tu aku tak tau lak nak buat ape so aku pun post la kat dalam ni.. haha layaannnn…!!!
Semua gambar kat atas ni diambil pada hari ahad lepas ketika pergi beraya kat rumah Cikgu Norazman.. lain-lain gambar time raya tu bleh tgk kat REYOKIWARA
Raya potrait
Sep 24th
Seronok tengok telatah kanak-kanak. Tambahan lagi masa raya yang lepas. huhu macam-macam karenah. Aku pun tak kurang jugak, dok tengok budak-budak tu semua seronok main aku pun kacau. nak amik gambar diorg huhu. semua shoot ni diambil start dari malam raya sampai le ke raya esok nyer huhu.
Selamat Hari Raya
Sep 18th

Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia dan khasnya kepada pelawat setia laman blog Graphic’s Gallery ini.
Tak sangkakan, pejam celik dah nak raya dah. macam baru semalam je start pose.
Alhamdulillah, Puasa kali ni penuh dengan maknanya bagi aduka. mungkin selepas hampir 6 tahun berpuasa diperantauan dan kali ini sepanjang bulan puasa ni dapat berpuasa di samping keluarga tercinta. Dan banyak lagi yang dapat pada kali ini. Dan yang penting kesabaran yang kian meningkat sepanjang menempuh dugaan hidup.
Semoga Ramadhan yang akan berlalu pergi ini penuh dengan 1001 erti. dan juga Syawal yang kian hadir ini penuh dengan kecerian yang baru.
Dunia ku kini penuh dengan warna-warna kehidupan yang sungguh indah.




































